Artis Wajar Diberikan Pelepasan Cukai Kerana Kami Perlu Tampung Kos Untuk Jadi Cantik Kata Nora Danish.

Penggiat seni wajar diberikan pelepasan cukai bagi menampung kos “penampilan diri” agar sesuai status mereka sebagai selebriti, saran Nora Danish.
Pelakon itu, yang bercinta dengan anak menteri, meminta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menimbangkan saranannya kerana penggiat seni perlu berbelanja besar untuk kekal cantik.
“Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita [membayar cukai]. Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.


“Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. 
“Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja kami,” kata heroin filem Suami Aku Ustaz.
Menurutnya lagi, pelepasan cukai untuk “penampilan diri” baik untuk artis dan selebriti yang  bergantung kepada penampilan dan personaliti diri apabila muncul di khalayak. 
Pelakon Rozita Che Wan minggu lalu disekat ke luar negara kerana tidak melunaskan cukai tertunggak dan memohon bayaran itu ditangguhkan. 
Nora, yang mengeluarkan jenama tudung OwlbyND, bagaimanapun tidak mempunyai masalah dengan cukai pendapatan kerana sering konsisten membayarnya.
Mengulas cintanya dengan Nedim, anak Datuk Seri Nazri Aziz, Nora menafikan dakwaan mereka berkahwin di luar negara tetapi sengaja tidak menghebahkan kepada umum.
“Ia langsung tidak benar sama sekali. Bagi saya perkahwinan adalah perkara baik. 
“Jadi, saya tidak lihat kenapa perlu untuk disorokkan berita itu andainya benar saya sudah jadi isteri orang semula,” katanya. - The Malay Mail

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »