Ini Dia Senarai Harta Jutaan Ringgit Yang Disita DOJ Kerana Dikaitkan Dengan Wang #1MDB Yang Dicuri.

Kita semua sedia maklum tentang penyelewengan yang telah dilakukan oleh orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga 1MDB.
Ketika skandal ini mula meletus di dalam tahun 2014, tidak ada siapa yang menyangka bahawa Najib Razak tergamak membiarkan 1MDB menyeleweng dari objektif asas pertubuhannya. Ramai seperti tidak percaya bahawa berbillion-billion ringgit telah disalurkan ke dalam akaun syarikat Jho Low bernama Good Star ketika itu. Pada mulanya Najib Razak memuji-muji 1MDB. Tetapi tidak mampu untuk menipu lebih lama, dia akhirnya mengaku bahawa model perniagaan 1MDB sebenarnya umpama angan angan Mat Jenin sebab itu 1MDB gagal.
Semua ini diburukkan lagi apabila siasatan oleh pihak berkuasa mendapati Najib Razak menerima sekurang-kurangnya RM2.6 billion di dalam akaun peribadinya. Tidak pernah dalam sejarah dunia seorang pemimpin dengan selamba menerima wang sebanyak itu secara peribadi. Dengan muka tidak malu, dia pada mulanya tidak mengaku menerima. Kemudian apabila bukti terpampang di peringkat umum, dia menukar cerita mengatakan itu hanya derma dari Arab Saudi. Tidak pula dia memberitahu kita bagaimana dia membelanjakan wang itu. Tidak juga dia memanggil pihak audit untuk memberi keyakinan kepada kita bahawa dia tidak menggunakan waima satu sen pun dari duit tersebut untuk kegunaan peribadi.
Yang nyata cerita derma itu semua tidak benar sama sekali. Oleh kerana penyaluran wang haram itu dilakukan melalui bank-bank luar negara, maka pihak berkuasa luar negara telah menyiasat penyelewengan ini di bawah akta penggubahan wang haram. Siasatan demi siasatan dilakukan dan hasilnya, dua pihak, iaitu JAbatan Peguam Negara di Amerika Syarikat dan Jabatan Peguam Negara di Switzerland telah mengemukakan bukti untuk dihadapkan mereka yang menyeleweng itu ke mahkamah.
Hanya siasatan di Malaysia sahaja diberhentikan. Ini kerana mereka yang menggepalainya terdiri dari penyokong tegar Najib Razak. Mereka tidak berkecuali dan tidak amanah di dalam melakukan kerja mereka. Peguam Negara Malaysia akhirnya berkata tiada kes dan Najib Razak tidak perlu dihadapkan di mahkamah di sini.
Kita diketawakan oleh dunia kerana menyimpan pemimpin-pemimpin yang tiada integriti dan tidak amanah. Apabila seseorang mengkritik secara lantang, dia ditangkap polis. Apabila ingin bertanya tentang 1MDB di Parlimen sekalipun, dihalang oleh Tuan Speaker yang kini boleh dikategorikan sebagai keldai Najib.
Namun begitu, kebenaran tidak mungkin dapat dilindung. Bangkai gajah tidak mungkin dapat ditutup dengan nyanyian sha la la la. Pemerintah yang munafik tidak mungkin dapat hidup bahagia selamanya.
Di dalam sidang akhbar Julai lepas, pasukan penyiasat ini berjanji ingin memulangkan semula wang tersebut ke rakyat Malaysia dan mendedahkan dan menangkap dalang-dalang yang terlibat. Mereka yang mencuri duit rakyat akan dikenakan tindakan.
Di bawah adalah senarai harta yang disita oleh Kerajaan Amerika Syarikat kerana menggunakan wang haram dari 1MDB. Aset-aset ini tidak boleh digunakan oleh kroni-kroni Najib Razak lagi dan segala pendapatan yang dijana oleh aset-aset ini akan dirampas.
Senarai ini telah diambil dari website DOJ sendiri. Kesimpulan boleh dibaca selepas senarai ini.












Jumlah keseluruhan, RM3,983,000,000 atau pun dalam bahasa golongan elit RM3.983 Billion.
Bayangkan, dengan wang rakyat sebanyak itu, kita boleh membiayai 100,000 pelajar miskin untuk belajar secara percuma di universiti awam tempatan.
Tetapi malangnya, yang mendapat habuan tersebut adalah sekumpulan kecil kroni-kroni dan ahli keluarga Najib Razak.
Rakyat diketepikan, pencuri diutamakan.
Sumber : JebatMustDie

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »