Kenapa Peminjam PTPTN Tidak Dapat Keistimewaan Seperti Riza Aziz Soal Mahasiswa.

Daripada awal lagi, seluruh rakyat Malaysia sedia maklum bahawa Datuk Seri Najib Razak akan ke China atas urusan rasmi kerajaan.
Yang rakyat tidak tahu dan terkejut apabila secara terang-terangan anak tiri perdana menteri kita berada sekali dalam jet rasmi kerajaan dalam lawatan itu.
Kita sedia maklum bahawa Riza Aziz antara individu yang terkait dengan skandal 1MDB tetapi masih bebas bergerak ke luar negara seperti tidak ada rasa bersalah.

Lebih malang, apabila pergerakan beliau ke luar negara terpaksa ditaja oleh rakyat menggunakan jet rasmi kerajaan.
Persoalannya, mengapa Riza Aziz boleh bebas bergerak sedangkan di belakang tengkuk beliau terbeban dengan isu skandal 1MDB yang berkait rapat dengan kewangan negara dan wang berjumlah berbilion ringgit?
Mengapa peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak mendapat keistimewaan yang sama walaupun hanya gagal membayar hutang berjumlah ribuan ringgit sahaja.

Jumlah ini jauh lebih kecil nilainya berbanding dengan skandal Riza Aziz.

Adakah semua peminjam PTPTN perlu menjadi anak tiri Najib Razak untuk mendapat keistimewaan yang sebegitu rupa?
Rakyat perlu tanya kepada kerajaan apakah pendirian mereka terhadap individu yang disenarai hitam daripada bergerak keluar negara?

Adakah mahasiswa yang tidak mampu membayar hutang ini jauh lebih jahat daripada seorang anak tiri perdana menteri yang terpalit skandal kewangan negara?
Sekiranya benar-benar serius menguruskan kewangan negara, kerajaan seharusnya memburu individu yang dikatakan terlibat dengan skandal wang rakyat dan hidup mewah ini dahulu sebelum memburu mahasiswa yang belum tentu cukup makan selepas bergraduasi.
Ini kerana keadaan ekonomi yang mendesak hasil tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab menguruskan sumber negara.
ASHRAFF NAZRIN aktivis mahasiswa #TangkapMO1 (surat pembaca Malaysiakini)

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »