Perhimpunan Baju #Merah Halang #BERSIH5 Gagal - Jangan Kata 300k Orang, 10k Pun Tak Sampai!

Kesian.

Selepas Jamal dan dua orang kanannya ditahan polis pada pagi tadi, pengikut-pengikut Jamal kelihatannya seperti hilang arah dan tiada matlamat ketika berhimpun siang tadi.

Tiada arahan.
Tidak tahu nak buat apa.
Terpaksa bersurai awal.
Kerana tiada matlamat jelas.
Itulah yang berlaku sepanjang berlangsungnya perhimpunan siang tadi.

Ada yang berkampung sejak jam 5 pagi lagi. Namun terpaksa pulang ke Ipoh selepas tiada arahan diterima. Baca sini.

Ada yang menunggu sampai ke petang. Namun merasa sia-sia kerana tiada aktiviti jelas bagi menyuarakan rasa protes. Mereka juga pulang selepas membuka baju merah masing-masing. Baca sini.

Kumpulan merah bersurai seawal jam 4 petang selepas sambutan hambar.

Menurut Malaysiakini kehadiran pendemo #Merah sekitar 6,000 orang lebih kurang. Ini jauh berbeza dari angka yang dicanangkan Jamal iaitu 300,000 orang akan turun bagi menghadapi pendemo #BERSIH5.

Mereka juga meninggalkan sampah selepas melepak di Padang Merbok.

Laporan dari portal Harian Metro.



Kononnya ada terima upah. Budak-budak yang hadir berdemo pun sepertinya kurang jelas kenapa mereka turun berdemo pada hari ini.



Ada yang menuntut wang makan dan wang minyak.



Demo yang sia-sia, membazir masa dan tiada matlamat jelas. Hanya orang bodoh je akan menyokong perhimpuna sebangang ini.

Wakakaka.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »