17 Ribu Wang Kertas Dimakan Tikus, Nasib Baik Bank Sudi Ganti Duit Wanita Ini. #Global

Seorang wanita di sebuah perkampungan di utara China terkejut apabila wang 27,000 yuan (RM17,400) yang disimpan dalam tempayan di sebuah gua hancur dimamah tikus.


Wanita berusia 51 tahun yang tidak diketahui namanya itu berkata, dia memasukkan wang yang dikumpul bersama suaminya itu dalam tempayan dan disimpan gua berkenaan di Yulin, wilayah Shaanxi. 

Namun, menurut laporan South China Morning Post, baru-baru ini dia pergi ke gua itu untuk mengambil wang berkenaan bagi membayar kos perubatan anak lelakinya yang sakit namun terkejut apabila mendapati semuanya koyak rabak dimakan tikus. 

“Saya buta huruf, memang tidak mungkin dapat ke bank untuk menyimpan wang. “Saya menyangka cukup selamat jika wang disimpan dalam tempayan seperti ini. Memang saya tidak menyangka ini boleh berlaku,” katanya. 

Bagaimanapun, undang-undang kewangan China memungkinkan pemilik wang yang musnah dalam kebakaran atau dimakan haiwan digantikan jika boleh membuktikan sumber duit berkenaan selain punca kemusnahan disahkan bank. 

Seorang pengurus bank tempatan berkata, wanita terbabit boleh mengumpulkan semua serpihan wang itu dan dibawa kepada mereka untuk membolehkan ia diganti.

Sumber : Harian Metro

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »