Ini Caranya Duterte Hapuskan Masalah Dadah Di Filipina - Patutkah Malaysia Tiru?

Perang terhadap dadah yang dilancarkan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte kini mencecah 5,927 sejak lima bulan beliau dilantik.

Berhenti edar dadah amaran Duterte kepada pengedar.

Menurut laporan Dailymail, Duterte, 71 bukan sahaja tidak akan berhenti, malah menggertak 'musuh', pengedar dan pengguna dadah supaya berhenti mengedarkan 'najis' berkenaan.

"Mereka kata saya bunuh terlalu banyak. Anda mahu ia berhenti? Berhentilah gunakan dadah," kata Duterte.


Duterte menambah, selagi penyalahgunaan dan pengedaran dadah berleluasa, sambutan perayaan Krismas dan Tahun Baru 'tidak akan aman'.

Sebelum Duterte dilantik Mei lepas, beliau telahpun memasukkan operasi perang terhadap dadah dalam manifestonya.

60,000 serah diri elak dari dibunuh.

Julai lalu, hampir 60,000 penagih dadah menyerah diri kepada kerajaan selepas Duterte 'menggalakkan rakyat Filipina membunuh pengedar dan penagih dadah'.

Setakat ini, 2,086 maut dalam operasi polis manakala 3,841 penagih, pengedar atau ahli sindiket dadah dibunuh oleh orang awam sendiri.


"Orang awam akan diberi upah buru, tangkap dan bunuh pengedar, penagih dadah" - Duterte.

Orang awam yang disahkan membunuh suspek dadah pula akan diberikan ganjaran wang tunai.

Lebih 40,000 suspek telah ditahan dan masih disiasat.
Septembar lepas, Duterte 'dengan gembira' mengumumkan akan membunuh sendiri 3 juta penagih dadah di Filipina.

"Saya tak akan berikan alasan atau kemaafan. Saya akan jawab kepada Tuhan bila saya berhadapan dengan-NYA," kata Duterte lagi.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »