Isu Pelamin Buruk RM3k - Ini Kenyataan Rasmi QSF Boutique Online - Kami Minta Maaf Kata Pemilik Butik.

Semuanya berjaya diselesaikan secara baik. Kami saling meminta maaf dan sepakat tidak akan mengungkit perkara yang sudah lepas. Oleh itu, kepada mana-mana pihak yang menviralkan isu ini sila lah berhenti berbuat demikian kerana ia menjatuhkan periuk nasi dan maruah kami.

Itulah kenyataan yang dipetik menerusi laman fb rasmi QSF Boutique Online yang sebelum ini teruk dikecam dan diherdik netizens disebabkan harga pelamin tidak setimpal dengan kualitinya.

Malahan rata-rata netizens bersetuju ia adalah pelamin paling buruk di dunia dalam sejarah rekod pelamin-pelamin yang pernah dipasangkan oleh butik pengantin.

Berikut kami siarkan kenyataan penuh dari pihak QSF butik untuk bacaan anda.

Assalamualaikum semua.. 

Disini pihak QSF ingin membuat kenyataan rasmi mengenai Isu Viral "Pelamin Anganku Musnah" yang melibatkan butik QSF dan pelanggan tersebut sudah diselesaikan dengan cara baik malam tadi 6 Dec2016 di restoren Jenggo di Alor Setar. 



Laporan sebelumnya : Pelamin Buruk Ini Berharga RM3K, Logik Kah?


Hasil pertemuan Kami dengan pihak pengantin, pihak yg mem'viral'kan isu ini dan beberapa orang saksi semalam membawa kepada keputusan secara menang-menang dimana ketiga-tiga pihak telah memohon maaf antara satu sama lain atas apa yg berlaku. 

Semua ini adalah salah paham sahaja antara ketiga pihak kami yang mana kami ini adalah kawan. Ketiga-tiga pihak (QSF, Pasangan Pengantin & Pihak memviralkan isu ini) telah bersepakat dan bersetuju untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan lagi mengenai isu ini yang boleh menjatuhkan maruah & periuk nasi mana mana pihak. 

Kes ini terjadi disebabkan adanya keybord warrior yang cuba mengambil kesempatan memviralkan isu ini dan mengeruhkan lagi keadaan. 

Diharap pihak yg memviralkan isu ini, memadamkan semua artikel isu ini yg telah anda siarkan. Diharapkan netizen tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian berkenaan kes ini. 

Kami di QSF sekali Lagi memohon maaf atas apa yg telah berlaku dan isu ini adalah pengalaman yg berharga buat kami.

Kami akan jadikan teladan serta akan meningkatkan lagi mutu service perkhidmatan kami. 

Bila yang yang xbaik cepat saja anda sebarkan.Semoga Allah lindungi kita semua Amin Ya Allah..

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »