Makcik Cleaner Dilempang Di RnR Pagoh - Amboi Ganasnya Wanita Ini.

SEBUAH video cctv menjadi viral di facebook merakamkan kejadian seorang wanita melempang seorang makcik tukang cuci tandas (makcik cleaner). 


Kejadian dikatakan berlaku pagi tadi, di Stesen Minyak BHP Hentian Rawat dan Rehat, RNR Lebuhraya Utara Selatan Pagoh, menghala ke arah selatan.


Dalam video tersebut, seorang makcik cleaner telah ditampar sekuat ahti oleh seorang wanita. Kejadian dikatakan berpunca apabila wanita tersebut menuduh makcik cleaner itu telah menyimbah air terhadapnya.

Berang dengan tindakan tersebut, wanita itu kemudiannya menendang papan tanda amaran berwarna kuning dan melempang makcik cleaner itu.

Sebelum ini, wanita tersebut mahu menggunakan tandas namun diberitahu oleh makcik cleaner bahawa tandas sedang dibersihkan. Wanita itu kemudiannya terus masuk dan menggunakan tandas OKU.

Menurut apa yang tersebar di laman sosial, makcik cleaner mendakwa dia tidak menyimbah apa-apa air kepada wanita tersebut.

Rakaman video ;


Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »