Nak Buat Kuliah Agama Pun Susah, PAS Halang Luah Perwakilan Amanah - Rupanya Perangai PAS Sama Macam UMNO..

Perwakilan Amanah Selangor hari ini menyindir Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang parti itu “tidak lapar” jawatan dalam kerajaan negeri.

Jamzuri Ardani berkata walaupun wakil rakyat Amanah tidak dilantik sebagai exco, namun Azmin perlu meraikan kedudukan mereka sebagai salah satu komponen dalam kerajaan negeri tanpa karenah birokrasi yang menekan.
“Kami hendak beritahu kepada MB bahawa Amanah tidak lapar dengan jawatan. Kami tidak lapar dengan kedudukan dalam kerajaan negeri.
“Apa yang kami mahu ialah diraikan sebagai ahli komponen parti kerajaan negeri tanpa tekanan dan birokrasi,” katanya ketika membahaskan ucapan presiden di Konvensyen Nasional Amanah hari ini.
Beliau berkata tekanan dan birokrasi kerajaan negeri itu menghalang Amanah untuk mengadakan pelbagai program, termasuk kuliah agama.
Katanya, halangan itu datangnya daripada PAS yang tidak senang dengan tindakan mereka.
“Ketua kampung PAS, Adun PAS, ahli Majlis PAS, exco PAS itulah yang membantah dan menghalang kita mengadakan kuliah di masjid. Ada juga ahli majlis menghalang PAS menggunakan dewan di bawah PBT.
“Jika Amanah tidak menang banyak kerusi kita bimbang menteri besar selepas pilihan raya akan datang akan duduk di blok pembangkang. Unsur duri dalam daging dalam kerajaan negeri kena dibuang segera,” katanya.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »