Penjelasan : Coklat Daim & Toblerone Tidak Memiliki Pensijilan Halal JAKIM Namun Bukan Bermaksud Ianya HARAM - Netizens Persoalkan Kenyataan JAKIM.

Coklat jenama Daim dan Toblerone disahkan bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia atau mana-mana badan pensijilan luar negara yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM menerusi kenyataannya yang dimuat naik pada Facebook (FB) hari ini. 


Dalam kenyataan itu, Bahagian Hab Halal, JAKIM turut menasihati pengguna terutama supaya bijak dalam membeli dan memilih produk. 

"Jadilah pengguna yang bijak dengan membeli produk mempunyai logo halal Malaysia atau logo halal luar negara diiktiraf JAKIM. 

"Untuk mengetahui produk mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia serta badan pensijilan dan logo halal luar negara diiktiraf JAKIM boleh melayari www.halal.gov.my," katanya.

Sumber.

Dalam pada itu, pihak kami melihat netizens memberikan pelbagai respon berikutan pengumuman terbaru dari pihak Jakim itu.

Menurut mereka, Jakim sepatutnya bertindak melakukan ujian makmal sebelum mengeluarkan kenyataan media kerana membayangkan coklat tersebut haram dimakan. Hujah mereka, sekalipun jenama-jenama coklat berkenaan tidak memiliki pensijilan halal dari JAKIM bukan bermaksud ia mengandungi bahan yang haram dan terlarang bagi penganut muslim.

Berikut antara respon-respon yang terpapar di fb JAKIM.



Malahan ada yang beranggapan ini sebagai satu bentuk strategi bagi pihak JAKIM untuk menyerang kedua-dua jenama coklat terkenal tersebut agar memohon pensijilan halal dari JAKIM.

Berikutan setiap syarikat yang memohon sijil halal perlu membayar kepada jumlah tertentu, netizens turut mempersoalkan jika ia ada kaitan dengan taktik menambah pendapatan oleh agensi berkenaan. - Sozcyili.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »