Kilang China Keluar Produk Jenama Tiruan.

Hampir 50 buah kilang di Tianjin, China dikesan me­ngeluarkan produk ber­jenama tiruan dengan kan­dungan berbahaya termasuk sisa makanan serta garam yang digunakan untuk perindustrian.


Menurut Channel News Asia yang memetik laporan The Beijing News semalam, antara produk itu termasuk daripada jenama Lee Kum Kee, Haday, Nestle dan Knorr yang mengandungi sos serta perasa tiruan.

Produk-produk tersebut dilaporkan telah mula dijual ke seluruh China. Sementara itu, sebuah lagi akhbar tempatan, South China Mor­ning Post melaporkan, produk berjenama tiruan yang dianggarkan bernilai 100 juta yuan (RM64.6 juta) dihasilkan setiap tahun di pekan kecil Duliu di Jinghai dalam wilayah yang sama.

Jelas akhbar tersebut, ekoran penghasilan produk dalam kuantiti yang besar, sesetengah daripada pengeluar berpeluang me­ngumpul kekayaan dan mampu membeli barangan mewah.

Akhbar tersebut yang memetik laporan khas wartawan Beijing News turut memperincikan bagaimana proses pengilangan dilakukan untuk menghasilkan produk berkenaan.

Menurut mereka, sesetengah pengeluar menggunakan rempah ratus dan herba termasuk bunga lawang dan lada hitam serta dicampur biji tembikai yang telah diproses di kilang-kilang berhampiran Wangkou.

Bahan-bahan tersebut kemudian dikeringkan dan dikisar menjadi serbuk di beberapa premis usang yang tidak dilengkapi de­ngan kemudahan berkaitan.

Ada juga rempah ratus yang disimpan di tempat terbiar berhampiran kawasan timbunan sampah manakala pewarna makanan yang dilarang dilaporkan turut dijadikan sebahagian daripada bahan untuk menghasilkan produk-produk berkenaan.

Pendedahan terbaharu itu dianggap rentetan daripada beberapa skandal keselamatan makanan di China yang melibatkan hampir setengah juta pelanggaran peraturan penyediaan makanan dalam masa tiga suku pertama tahun lepas


Sumber : Utusan Online

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »