Netizens Dedah TGHH Difitnah, Lim Kit Siang Ditipu, Malaysiakini Putar-Belit Kenyataan Presiden PAS.

Oleh : Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

Jangan putar belit berita, wahai Malaysiakini. Baru beberapa hari editor Malaysiakini menerbitkan artikel mengingatkan rakan media supaya jangan sebar maklumat palsu. 


Boleh baca di sini : http://www.malaysiakini.com/news/370572 . Walau bagaimanapun, Malaysiakini juga melakukan perkara yang sama. 

Dengan melakukan sedikit putar belit yang cuma melibatkan beberapa patah perkataan, Malaysiakini berjaya melakukan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh media arus perdana lain, iaitu mereka kini sebaris dengan mereka, menjadi media propaganda pihak tertentu. 


Ini boleh dilihat bagaimana Malaysiakini melaporkan isu Hadi menolak pelawaan DAP untuk berkerjasama beberapa hari lepas yang juga kebetulan turut disiarkan penerbitan lain. 

Berita dari Malaysiakini yang bertajuk "Hadi: DAP tidak, BERSATU mungkin" yang boleh dicapai di pautan ini https://www.malaysiakini.com/news/370696 menunjukkan dengan jelas bagaimana Malaysiakini melakukan putar belit berita. 

Ini transkrip kenyataan Hadi, anda boleh dengar sendiri video dari Terengganukini di sini (https://www.youtube.com/watch?v=FM3k1VAu8E0) : "Dia (Lim Kit Siang) acap kali dah nak berbaik ini, keluar pun acap kali dah. Dia tidak ada tunjuk bukti yang dia terima secara positif, dia masih menentang Negara Islam termasuk Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 pun dia tak setuju

Itu benda yang berkait dengan prinsip, kita kena sedar. Sekadar untuk menang pilihan raya? Kita bukan nak menang pilihan raya sahaja, kita nak buat perubahan,” - Hadi Awang. 

Dan ini pula yang dilaporkan Malaysiakini, "Hadi berkata, PAS berpendirian begitu kerana DAP masih* menolak Islam.." (*Malaysiakini melakukan typo pada versi asal, mereka menggunakan perkataan "masing". 

Sedangkan sepatutnya mereka menggunakan perkataan "masih", iaitu sama erti dengan versi english - "still against islam" - TTKM) Dan ini Malaysiakini versi English : "The PAS president said DAP was "still against Islam"...." 

Jika diteliti transkrip Hadi di atas, jelas maksud Hadi adalah LKS menolak Negara Islam- iaitu konsep perjuangan PAS, dimana perjuangan DAP adalah Malaysian Malaysia. 

Manakala RUU Hadi juga ditentang oleh LKS. Jadi perkara ini memang semua orang sudah tahu. Jadi di mana kenyataan Hadi yang mengatakan "DAP masih menolak Islam"? 

Menolak konsep "Negara Islam" dan "Menolak Islam" adalah dua perkara yang sangat berbeza, agak pelik bagaimana perkara ini gagal difahami oleh Malaysiakini. 

Dengan melakukan putar belit yang cuma beberapa perkataan itu, akibatnya Lim Kit Siang panas punggung (butthurt) dan mengatakan beliau bukan anti-islam, sedangkan tiada pun dalam kenyataan Hadi yang menyatakan sedemikian. LKS kini menimbang untuk melakukan saman terhadap Hadi berhubung perkara ini. 

Untuk rekod juga, TTKM bukan pro-PAS, pro kerajaan atau pro pembangkang, atau atau pro-Amerika, atau pro-Yahudi, atau pro-Cina,atau pro-Soros, atau pro-liberal, atau pro-Syiah dan macam-macam “pro” lagi. 

TTKM cuma pro rakyat. TTKM juga pro laporan yang objektif, adil dan profesional. 

NOTA PENGARANG: Ya, artikel ini melambangkan pendirian rasmi TTKM.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »