Istilah Healing Crisis Hanyalah Gimik Peniaga - Pembeli Barangan Kecantikan Jangan Terpedaya.

Apabila kita menggunakan sesuatu produk tak kira untuk kegunaan luaran atau dalaman, dan mengalami kesan buruk sewaktu menggunakannya; ia dipanggil kesan buruk (adverse reaction).
Is Healing Crisis Real
Healing Crisis
HEALING CRISIS?
Adverse reaction adalah kesan buruk yang tak dijangka dari sesebuah produk. Ia tak sama dengan kesan sampingan (side effects) kerana kesan sampingan memang telah diketahui boleh terjadi, bersifat sementara dan terkawal.
Contohnya ubat batuk. Mengantuk adalah kesan sampingan biasa ubat batuk. Namun jika pernafasan terhenti atau tekanan darah menjadi rendah selepas memakan ubat batuk, ia dipanggil kesan buruk (adverse reaction) dan ubat perlu dihentikan serta merta.
Atau ubat kemoterapi; kesan sampingan antaranya ialah muntah, rambut gugur dan hilang tenaga. Dan kesan buruknya ialah jangkitan kuman akibat kekurangan imuniti. Bermakna kemoterapi perlu diteruskan walau ada kesan sampingan, namun perlu dihentikan buat sementara apabila timbul kesan buruk.
Adverse reaction ada pelbagai. Dari reaksi ringan seperti pening, muntah, gatal, tumbuh jerawat hinggalah ke reaksi berat seperti gangguan fungsi organ. Contoh gangguan organ ialah tekanan darah atau gula yang tak terkawal, kerosakan buah pinggang, kegagalan jantung dan sebagainya.
Kerap kita dengar istilah healing crisis apabila merujuk kepada perubatan alternatif. Kononnya sebelum pesakit sembuh, dia mestilah melalui kesan buruk terlebih dahulu untuk membuang toksin (detoksifikasi).
Sebenarnya istilah healing crisis tiada asas saintifik. Malah ia tak pernah disebut dalam mana-mana silibus perubatan dan farmakologi walau peringkat PhD sekalipun.
Memanglah, kerana ia adalah istilah yang dibuat-buat oleh perawat alami. Malah istilah healing crisis adalah salah satu tanda anda sedang dirawat oleh perawat palsu (quack doctor).
Antara tanda lain anda menerima rawatan mengarut ialah apabila:
1. Perawat merawat penyakit yang tidak wujud (mengada-adakan penyakit)
2. Perawat mengatakan rawatan bakal mengambil masa lama
3. Perlu melalui healing crisis sebelum pulih sepenuhnya
4. Melalui proses detoksifikasi
5. Rawatan dikatakan berkesan semata-mata kerana ia dipraktikkan sejak zaman purba
Istilah healing crisis sebenarnya hanyalah gimik penjual atau perawat untuk berlepas diri dari bertanggungjawab atas kesan buruk produk atau rawatannya.
Bukan tak pernah ada adverse reaction pada ubatan hospital. Pernah ubat bius kami menyebabkan pesakit kebas hingga ke leher hingga tak mampu bernafas, walau dos yang diberikan adalah normal dan selamat.
Apa yang kami lakukan ialah hentikan ubat tersebut dan beri rawatan segera kepada pesakit. Kami juga akan menyiasat insiden tersebut secara terperinci serta melaporkannya ke pihak farmasi dan pengeluar produk di kilang.
Kami takkan mendakwa reaksi tersebut sebagai healing crisis. Apalagi nak meletakkan kesalahan ke atas pesakit dengan menuduhnya tak makan ubat ikut waktu, kurang minum air dan sebagainya. Lingkuplah professionalism hospital kalau kami ambil jalan mudah dengan mendakwa itu ini sebagai healing crisis.
Orang yang kurang ilmu dan tak bertanggungjawab saja akan sebut masalah produk sebagai healing crisis.
Jika anda mengalami kesan buruk apabila menggunakan sesebuah produk, anda (atau ahli keluarga) perlu lakukan seperti yang tertera dibawah:
?Hentikan produk dengan serta merta
?Dapatkan rawatan segera di hospital
?Isi borang laporan adverse reaction dan emailkan kepada NPRA (National Pharmaceutical Regulatory Agency)
?Jumpa semula penjual, beritahu masalah anda dan tuntut gantirugi. Jika penjual cuba berdalih dan mendakwa itu sebagai healing crisis, lempang mukanya laju-laju.
Ayat terakhir itu hanyalah ‘special effect’ sebagai pengibur hati orang yang terkena ‘adverse effect’. Usah dibuat ye!

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »