Kenapa Saya Tidak Galakkan Anda Menjadi Doktor, Kata Doktor Ini.

Oleh : Abdul Rahman Abdul Kadir

Saya pernah beritahu kepada anda semua yang saya tak galakkan para ibubapa menyuruh anak2 mereka menjadi doktor. Ingat kan? 

Ada sahabat2 saya yang hairan dan malah mengatakan saya tidak sepatutnya membantutkan cita2 ibubapa dan anak2 yang berminat memceburi bidang ini. Ada sebabnya dan saya akan ceritakan.... 


Menjadi seorang doktor bermakna anda adalah harta masyarakat. Masa utk keluarga anda akan menjadi sedikit dan keutamaan anda adalah pesakit. 

Saya pernah terus bekerja sedangkan ibu saya admit di ward. Saya teruskan bekerja sungguhpun isteri saya sedang sakit hendak bersalin. Siap bagitau wife saya, "kalau dah dekat2 anak nak keluar baru call abang." Apabila babysitter call mengatakan Zaif demam teruk dan enggan makan minum, saya tidak dapat pergi menjenguk kerana ada orang yang saya tak kenali sedang bertarung dengan nyawa di depan saya. 

Sahabat saya pernah menerima panggilan ayahnya kemalangan dan sedang dirawat di jabatan kecemasan sedangkan dia sedang melakukan pembedahan. Dia terpaksa meneruskan membedah pesakit sehingga doktor gantian tiba. By the time dia tiba ke jabatan kecemasan, ayahnya sudah meninggal dunia. Begitu ramai antara kami yang meninggalkan mak ayah yang sedang sakit semata2 kerana khidmat terhadap negara. 

Cuti2 hari raya dan kenduri kendara memang jarang sangat lah boleh nampak batang hidung kami kerana bila nak cuti saja kena panggil bertugas, terpaksa oncall dan sebagainya. 

Anak2 biasa keliru kenapa ibu dan ayahnya tak seperti ibu ayah orang lain, setiap hujung minggu dan hari perayaan ada di rumah. Ibu dan ayahnya pula bekerja oncall atau ikut syif dan jika ada di rumah pun terlalu penat dan tidor. Bagi pasangan yang memahami Alhamdulillah. Namun tidak sikit antara kami yang porak peranda rumahtangganya dan bercerai berai. 

Namun semua ini tidak akan diketahui umum kerana kami tak cerita benda2 ni. Kalau post kat fb pun benda2 macam ni takkan pernah viral. Siap cai akan suruh kita jangan ungkit dan resign kalau tak sanggup hadapi 'cabaran'. 

Menjadi seorang doktor hanya akan membuatkan kehidupan anda bersama keluarga tidak sama seperti orang lain. Gaji tidaklah seberapa dan tidak berbaloi dengan beban tugas yang dilakukan melainkan anda ke private. 

Jadi pekerjaan ini tidak sesuai untuk si manja anda sebenarnya. Beri mereka baca artikel ini, dan setelah itu biar mereka membuat keputusan jika mereka ingin teruskan cita2 mereka/anda ini. Ini perlu dilakukan walau menyatakan kebenaran ini adalah pahit. 

Sebab kami dah bosan dengan doktor2 muda yang masuk kerja tapi mempunyai masalah sikap dan tiada sifat ingin melakukan pengorbanan sebagai doktor. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian masih boleh kaya dgn join MLM. 😒

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »