Saya Setuju Saham Proton Dijual Dan Ini Jawapan Untuk Mahathir.

Oleh : Muhammad Najib.

Data jualan kenderaan untuk Januari 2017 baru sahaja diumumkan. Top 3 macam biasa ialah : 

1) Perodua - 14,203 
2) Honda - 8,594 
3) Proton - 7,207 

Tapi bukan hal Proton masih kekal nombor 3 yang aku nak bincangkan. Kita semua tahu, Proton ni dah memang tak boleh pergi dah. 

Walaupun pengurusan Proton sendiri sembang mereka nak jual minimum 10,000 kenderaan sebulan sepanjang tahun 2017 ini. Aku cuma gunakan data jualan tu sebagai mukadimah penyedap untuk membincangkan apa yang Tun Dr Mahathir tulis pasal Proton baru-baru ini. 

LOGO PROTON
PROTON
Ya, Tun sedih sebab Proton akan dijual kepada syarikat asing sebab Proton ini adalah 'baby' dia. Jadi seperti semua pengulas dan peminat dunia automotif yang lain, aku rasa kenalah juga aku jawab sikit apa yang Tun tulis. 

1. I am sad that Proton is to be sold to foreign companies. Having a strategic partner is ok. But once Proton is sold to foreigners it will cease to be a national car. It will just be producing foreign cars in Malaysia. That is something we have been doing since the 1970s. 

Malaysia memang pengeluar kereta sejak 1970-an, walaupun kereta yang dikeluarkan bukanlah jenama nasional. Dan sepanjang adanya Proton dan Perodua kita masih juga menjadi pengeluar kereta jenama luar, selain mengeluarkan kereta jenama nasional. 

Tapi sepanjang tempoh ini dunia automotif telah banyak melalui perubahan dan salah satu perubahan itu ialah projek seperti kereta nasional tidak lagi relevan. 

Dunia automotif sendiri tak dapat lari dari arus globalisasi. Hampir semua pembuat kenderaan hari ini bergabung dengan syarikat lain di bawah kumpulan automotif yang besar. 

Gilalah kalau kita berharap Proton ini masih boleh hidup dengan hampir tiada pasaran eksport dan pasaran domestik sendiri yang sangat tenat. 

2. Proton may not be profitable now. But it was very profitable before. Admittedly it was because it was protected. But even after protection ceased it was profitable. All countries protect their automotive industry. It may not be through high import duties. But there are other ways of preventing imports from challenging locally made cars. These other ways are actually much more effective and can result in excluding foreign-makes completely. That is why Proton cannot be exported to these countries. We are very generous. Anybody can export their cars to this country. Sub-standard cars too can be imported.

Inilah silap Proton yang sebenar. Masa mereka untung besar dan menguasai pasaran, Proton lebih suka goyang telur. Mereka tak terfikir yang satu hari nasib mereka boleh jadi macam Kodak atau Motorola. 

Lambat kemaskini model, lambat keluar enjin sendiri, lembap dalam menjangka kehendak pasaran (small city car dan MPV), mengabaikan kepentingan pasaran eksport dan gagal mengambil inisiatif dalam membangunkan teknologi enjin hibrid atau elektrik. 

Memang, perlahan-lahan protection atau perlindungan terpaksa dikurangkan oleh kerajaan kerana kita perlu menarik pelaburan luar. Tak boleh nak harap Proton (dan Perodua) sahaja untuk keluar duit setiap tahun melabur dan mewujudkan peluang pekerjaan dalam bidang automotif kepada rakyat. 

Dan hasilnya kita juga mengeluarkan kereta Mercedes, Volkswagen, Honda, Hyundai, Kia, Nissan, Toyota dan banyak lagi selain mendapat pelaburan luar dan mewujudkan peluang kerja untuk rakyat. 

Kita tak 'exclude foreign-makes completely' kerana itu melanggar semangat perdagangan bebas, bukan sebab kita terlalu 'generous'. Dan negara lain pun sebenarnya tidaklah terlalu kedekut sampai tidak mahu memberi peluang kepada Proton masuk ke negara mereka. 

Masalahnya bukan mereka, tetapi pada Proton. Kereta Proton sendiri terlalu sub-standard untuk masuk ke Jepun atau benua Eropah kerana enjin Proton tidak berupaya memenuhi emission standard yang ditetapkan. 

Kalau pembuat kereta Korea macam Hyundai dan Kia boleh belajar macam mana untuk tingkatkan standard kereta mereka sampai boleh terjual di kesemua enam benua, kenapa Proton tak pernah belajar? Sibuk goyang telur? 

3. I am out of Proton now. Since then I have not been allowed to even meet or speak or phone Proton staff. 

Good. Sebab masa Tun ada pun banyak juga projek tak jalan antaranya kereta elektrik dan hibrid. Jangan lupa juga cadangan nak buat kereta Islamik dengan Iran yang pernah timbul satu masa dahulu. Okay mungkin tak boleh go ahead sebab Iran tu Syiah dan tak cukup Islamik di mata majlis fatwa kita. 

4. That is alright. 

K. 

5. My fear is that if we do not own Proton anymore the Malaysian automotive industry will suffer a great loss. 

Masa ada Proton pun kita dah at a great loss. Rakyat kebanyakan merana harga kereta macam setan dan pada masa yang sama Thailand terus memecut laju sebagai pusat automotif rantau ini samai digelar Detroit of Asia. 

Sekarang kita lihat Indonesia juga sudah mula menyaingi kita. Pun begitu, dengan adanya Proton (dan Perodua) kita sebenarnya telah berjaya mewujudkan ekosistem industri automotif yang menarik. Dan ekosistem inilah yang menarik minat pembuat kereta dari negara lain untuk melabur dalam negara kita. 

6. The vendors and suppliers of components will close shop. Lots of workers will lose their jobs. And Malaysia’s engineering capacity will be reduced. It will not be a developed country in 2020 or later. Malaysia will remain a third world developing country. 

Vendor dan supplier yang akan tutup kedai adalah mereka yang buat door handle patah dan sebagainya. Tapi kalau ada vendor dan supplier yang bagus (dan sepatutnya adalah, sia-sia 30 tahun lebih kita ada Proton tapi tak boleh hasilkan vendor dan supplier yang bagus) pastilah mereka ini boleh hidup dan menjadi pembuat door handle bukan sahaja untuk Proton tetapi juga pembuat kereta yang lain. 

Kapasiti kejuruteraan kita tidak akan berkurangan dengan adanya pembuat kereta lain, begitu juga dengan peluang pekerjaan. 

Sebaliknya lebih banyak yang kita boleh pelajari dengan adanya pembuat kereta global beroperasi di negara kita berbanding dengan hanya memiliki Proton untuk dibuat dan dijual dalam negara sendiri. Dan bukan Proton ini yang akan menentukan kita jadi negara maju atau tidak tahun 2020 nanti. 

7. Once upon a time Malaysia was called an Asian Tiger. Today Malaysia is not even a pussycat. We have become one of the ten most corrupt countries in the world. 

Celah bedah manalah Tun dapat maklumat Malaysia antara 10 negara paling korup di dunia ni? Kesimpulannya, aku rasa kita kena akui Proton ini projek yang gagal. 

Kalau selepas 30 tahun dan apa yang berlaku ialah pasaran eksport katup, pasaran domestik pun susah nak jual dan sudahnya Proton minta pinjaman RM1.5 bilion duit rakyat; tak ada yang boleh kita guna untuk justify Proton ini projek yang baik untuk menjadikan Malaysia negara maju tahun 2020 dan ada kereta terbang cap Proton. 

Jadi setelah sekian lama menjadi gagalis, aku sendiri pun bersetuju dengan kerajaan Najib (bukan atas faktor nama) bahawa mungkin jalan yang lebih baik ialah cari rakan strategik untuk Proton bergabung supaya boleh menjadi pemain automotif global. Itu yang terbaik dan masuk akal dari segi perniagaan.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »