Bilik Kebal Bolos, Dokumen Berkaitan Tanah, Hak Milik Diseludup Keluar - Apa Sudah Jadi MB Johor?

Insiden kecurian dokumen dari bilik kebal Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor didakwa membuatkan kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Khalid Nordin makin luntur.
Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor Dzulkefly Ahmad mempersoalkan bagaimana agensi penting bawah portfolio Khaled, jawatankuasa hasil bumi, boleh terlepas pandang.
“Dengan kata lain MB Johor gagal dalam menyelia dan memantau agensi-agensi bawah beliau daripada terlibat dalam skandal penipuan dan rasuah sehinggakan dokumen yang begitu penting seperti geran atau suratan hakmilik yang disimpan dalam 'bilik kebal' boleh diseludup keluar,” kata Dzulkefly.
Menurut mStar, sindiket yang dmempunyai hubungan kukuh dengan PTG Johor dan 'orang dalam' telah 'menukar' status pemilikan plot tanah terbiar milik warga asing di Johor Bahru dan menjualnya.
Sindiket itu dikatakan telah menjual beberapa plot milik rakyat Singapura dan Indonesia dengan nilai lebih dari RM15 juta.

Polis setakat ini menahan tiga suspek, termasuk seorang bekas pembantu pentadbiran PTG di Nusajaya, bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca).
Portal itu difahamkan, polis telah merampas berpuluh-puluh dokumen, dipercayai dicuri dari bilik kebal di pejabat PTG Nusajaya.
Dalam kenyataannya hari ini, Dzulkefly berkata beliau yakin Khaled akan mengeluarkan kenyataan untuk menyerahkan perkara itu kepada siasatan polis dan berikrar memberi kerjasama penuh.
Bagaimanapun, bagi AMANAH Johor, perkara itu tidak cukup.
“ Ini adalah satu 'escapism' untuk MB Johor lari daripada mengambil tanggungjawab atau akauntabiliti sebagai ketua kerajaan negeri Johor,” katanya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lepas bertindak terhadap kes berprofil tinggi di Johor apabila menahan exco kerajaan Datuk Abd Latif Bandi dan menyerbu serta merampas barang-barang di rumahnya.
Mengulas perkara itu, Khaled pada 10 Mac lalu berikrar akan memberikan kerjasama penuh berhubung siasatan rasuah dalam kes penukaran hak milik hartanah bumiputera itu.
Sumber : Malaysiakini

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »