Cara Memakan Sushi Dengan Betul.

Oleh : Rudy Ludinata

"TR, saya serik nak makan sushi. Nasinya mesti berterabur ketika menyuapnya ke mulut. Tak enjoy...." 

Makan sushi ada etikanya. Sebenarnya kalau semua orang ikuti 'protokol'nya, kita akan menikmati keseimbangan rasa manis nasi dan daging ikan mentah yang segar bercampur dengan masin soy sauce, pedas menyengat wasabi dan enzim amylase yang ada dalam mulut kita. 

Teknik Makan Sushi Guna Chopstik
Sushi
Fuh.... Kita boleh makan sushi dengan ohashi (chopstick) atau dengan tangan. Dua-dua cara adalah disarankan. Bayangkan kita terkial-kial menggunakan chopstick yang terpelanting entah kemana, sushi pula habis hancur dibuatnya dek kegagalan kita mengepitnya. 

Makan sushi pakai sudu atau garfu? Ish... tak pernah dibuat orang. Ha ha ha.... Sushi dihasilkan dengan saiz sekali suap sahaja. Maknanya, usah gigit separuh separuh. Berterabur nasi yang sudah melekat cantik dengan daging ikannya. 

Ketika mencicah sushi ke piring kecil berisi soy sauce. Cicah sedikit bahagian daging ikan ke soy sauce. Mencicah sushi di bahagian nasinya, menyebabkan nasi terlerai. 

"Habis tu TR, kalau makan sushi yang dibalut nori (seaweed) pula?" 

Oh sushi jenis itu dinamakan Gunkan maki-zushi. Ia dicicah bahagian tepi bawah seaweednya ke piring kecil soy sauce sebelum disuap ke mulut. 

Boleh juga kita ambil halia jeruk yang dicicahkan ke soy sauce dan diletakkan di bahagian atas Gunkan Maki-zushi sebelum dimakan. 

Bagi mereka yang mahu lebih wasabi. Biasa kita lihat mereka mencampurkannya dengan soy sauce dalam piring kecil bukan? Cara itu harus dielakkan. 

Sebenarnya, cara terbaik ialah dengan menyapu sedikit wasabi di bahagian neta (atas daging ikan). 

Saya percaya beberapa tip yang dikongsi ini akan membuatkan kita lebih menghargai dan menikmati sushi. Habislah.... minggu ini minggu sushi sedunia dibuatnya. Hahaha!

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »