Cara Membezakan Levis 501 Yang Ori Atau Fake - 4 Panduan Mudah Untuk Anda

Oleh : Azam Shah

Cara Mengesan FAKE LEVI'S BIG E USA. 

Artikel ringkas ini KHAS UNTUK NEWBIe dan tidak sesuai untuk yang dah handal. 2 hari lepas member terkena 501 Big E Fake. Hangus rm350. Seller senyap terus! Lahabau punya makhluk! 

Itu lah! Sebab orang suruh tanya member yang lebih arif kalau item tu kau was was. Jangan beli semborono. Kelak merana. Duit hangus, item nak pakai pun malu! 

Kali ini Be zam share 4 cara simple detect Fake. Tak mintak banyak cuma harap kau tak terkena dengan malaun jual barang Fake pada harga pergi mekah balik hari. 

Sebelum tu simpan dalam kepala ciri ciri paling asas LEVIS 501 DAN LEVIS 505. Levis 501-Pakai butang (kecuali 501ZXX) Levis 505-pakai Zip. Jika kau jumpa 501 pakai zip itu fake! Sama juga sebalik nya kau jumpa 505 pakai butang, itu pun FAKE. 

4 ciri asas kat bawah dah mampu menyelamatkan kau. 

1- Top button. Original Big E Stamp 555,524,520,8,6,W,K,J dll Top button Levis Fake biasa nya di stamp '501'. Dan sinar banar atau berkarat sangat. V stich pun lari (rujuk gambar) 


2) Pai/REAR PATCH 501xx Original warna koko muda atau warna kayu, sesetengah berminyak (era kain pasir 90an) Fake Biasanya warna koko gelap, pai putih, warna seperti warna kayu tapi print atas kertasnya nampak murah. 


3) Tag dalam/inner tag Untuk Big E 501xx keluaran US era 1993 hingga 1998 Original punya lebar dan sedikit pendek . FAKE punya tag yang kecil dan panjang. 


4) Selvedge (kepala kain) 501XX ORI warna kepala kain putih padat dan ada redline. DAN TIADA EXTRA SELVEDGE atas poket syiling FAKE, biasa nya kepala kain lebar dan bergarisan merah atau biru dan ada selvedge atas poket syiling. 




Sesetengah ada selvedge atas poket belakang. Jilaker! Denim US punya Trademark tersendiri. Bagi yang dah biasa, memang sedia maklum.
 

Tak perlu lihat tag bagai, tengok kain dah tahu negara origin. Sebenarnya banyak sangat fake item gred A dari siam era 98-2000. Ramai yang terkena. Jika ada offer 501 big E RAJIN RAJIN LAH BERTANYA KENGKAWAN. 

Next Chapter Insya Allah kita akan buat artikel mengenali ciri ciri BIG E, Report/Pek, rindem, side dem, oren tag dan single R. 

Akhirnya kata,tak salah nak pakai fake ke ori, yang penting tahu nilai sesuatu barang.Tak semua orang mampu layan Ori.

Tak semua orang sanggup pakai fake. Apapun,mati esok tetap pakai kepala kain.Ya kain kapan. Levis levis juga Solat jangan tinggal ya!

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »