"Kalau Kita Tengah Susah, Ubah Cara Kita Fikir & Gandakan Usaha Kita".

Oleh : Faizul Ridzuan

TERINGAT. 

Tahun 2012, penuh cabaran. Beli rumah terlebih, loan tak lepas, hutang kredit kad berlambak, kandungan isteri gugur, eksiden motor teruk. 

Tahun yang sama saya keluarkan buku WTF, bila kawan "rapat" cakap tiada orang akan baca buku saya. Tahun 2013, berhenti kerja untuk cari rezeki dalam industri hartanah. 

Jual rumah 3 bijik untuk dijadikan modal. Pergi UK dengan keluarga dan bermain dengan idea menjalankan perniagaan FAR Capital yang menjual servis konsultansi hartanah. 

Bila saya bincangkan idea dengan kawan atau pelabur lain, kena gelak sebab bagi mereka buat apa bayar untuk dapatkan nasihat. 

Tahun 2014 bila dah full time berniaga, menggelupur nak buat semua benda. Semua benda fikir. Duit dan untung. Event nak buat, website BM hartanah, nak mulakan FAR Capital. 

Hasil tiada fokus dan kejar keuntungan :

- Event H**** Hartanah makin lama makin merundum

- Sarjana Hartanah hampir tiada orang nak pergi

-Website gagal

- Partner asal di FAR Capital marah sebab saya tiada fokus, klien pun tak sampai 15 orang. Staff yang saya cuba rekrut tak berani join syarikat yang cuma ada 2 pekerja dan pilih kerjaya lain

- Cuba utarakan idea nak buat bisnes renovasi kepada pakar dalam industri, tapi beliau nampak kurang minat sebab untung tak cukup. 

Duit, modal dan masa dah banyak habis. Partner mula ada syak wasangka dan hilang kepercayaan. Tak seronok datang kerja. Rasa nak give up semua dan masuk kerja balik. Pendek kata, semua inisiatif saya tahun 2014 gagal teruk.

Tahun 2015, nekad nak fokus dan buat benda yang saya gembira nak buat. Kalau tak jalan juga memang saya kena masuk kerja baliK. Saya exit bisnes/hubungan yang buat saya susah hati dan fokus kepada bisnes yang boleh bantu ramai orang. 

Untung sikit tak mengapa kalau bokeh beri kebaikan kepada ramai orang. Agaknya bila niat kita elok Allah SWT permudahkan semua. Alhamdulillah dikurniakan partner dan rakan sekerja yang bagus dalam kerja, tak berkira dan 100% percaya kepada saya. 

Sarjana Hartanah terus hidup dan mula mendapat sambutan balik. Dapat seorang lagi partner yang bagus, dan kami kickstart balik portal hartanah + kewangan dalam bahasa Malaysia sebab nak tingkatkan kesedaran kewangan untuk mereka yang englishnya tak berapa bagus, iaitu GilaHartanah. 

Dan kami mulakan konsep reno dengan Makeover bersama bekas student Sarjana Hartanah. Semua idea yang gagal sebelum ini, dibuat semula tapi guna cara baru.

1. Hari ni, GilaHartanah merupakan portal hartanah+kewangan dalam BM no.1 di Malaysia, selepas hanya 18 bulan.

2. Hari ni, Makeover Guys merupakan jenama no.1 dalam renovasi untuk pelabur, selepas hanya 2 tahun.

3. FAR Capital tahun lepas terlibat dalam transaksi bernilai lebih RM100 juta untuk lebih 150 klien kami. Hari ni, kami dapat banyak jemputan untuk tengok dulu projek projek hartanah dari pemaju sebelum ianya dilancarkan secara rasmi.

4. Sarjana Hartanah sekarang merupakan program pembelanjaran advance pelaburan hartanah terbesar di Malaysia, dengan jumlah pelajar melebihi 1000 pelajar. Ada student lepas datang dah berjaya beli 10-15 hartanah. Alhamdulillah. . 

5. Pertama kali buat program foundation tahun ni yang dipanggil MEB, alhamdulillah dapat sambutan sebab kami letak harga "mampu-datang". Dalam 2 bulan pertama tahun ni sahaja, lebih 600 orang datang belajar. Sekarang tengah rancang nak bawa MEB keluar negara pula.

Jumlah pekerja berkumpulan termasuk anak syarikat, hari ni dah lebih 50 orang. Orang yang dulu tak percaya kami dan lekehkan usaha kami, ramai yang datang balik jadi kawan dan klien.

Jadi bila tengok poster "Dont Quit" ni, saya terpanggil nak kongsi sikit cerita saya sendiri. 


Perkongsian saya : 

1. Kalau kita tengah susah, ubah cara kita berfikir dan tambah-gandakan iktiar kita. Jangan putus asa. . 

2. Samada waktu susah atau senang, tiada benda yang kekal selamanya. Kalau saya putus asa lepas gagal penuh waktu tahun 2014, saya takkan dapat apa yang saya ada sekarang. 

3. Jangan putus asa kalau kita percaya apa yang kita buat tu betul. Col Sanders ( KFC) gagal dalam seribu percubaan pertama beliau nak jual resepi KFC. Umur beliau dah lebih 50 tahun sewaktu beliau mulakan KFC. Kalau beliau putus asa lepas percubaan ke 10, hari ni kita takkan ada KFC dan mungkin perut saya boleh ada six pack. 



4. Jack Ma kena reject 10 kali untuk masuk ke Harvard Uni, siap gagal dalam walk in interview beliau untuk kerja di KFC. Hari ini, mamat muka-tak-boleh-blah ni yang gagal dalam interview untuk kerja di KFC ni, merupakan antara orang terkaya di dunia. Siap dipanggil untuk berkongsi pendapat beliau dengan President Trump dan PM China sebagai penasihat.


5. Kadang kadang, 1-3 tahun boleh bawa perbezaan besar. Elon Musk hampir bankrup waktu 2009 bila syarikat beliau Tesla dan SpaceX menghadapi crisis ekonomi di USA. 

Beliau pernah tumpang tidur di rumah kawan sebab tiada duit nak bayar sewa. Sekarang, syarikat kereta beliau mempunyai jenama sebaris dengan jenama kereta terkemuka seperti BMW, Porsche dan Mercedes. Bayangkan kalau beliau putus asa dan tutup Tesla pada tahun 2010?

Dan orang yang tak reti putus asa biasanya akan ada kelebihan besar dalam hidup. Bak kata pepatah mat saleh, susah nak tewaskan orang yang tak reti mengalah. Its hard to beat a man who doesnt know how to give up. .

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »