Sudah Masuk Tahun 2017, Beginilah Perbezaan Tandas Malaysia Berbanding Jerman.

Oleh : Khairul Abdullah

Bilalah nak maju tandas-tandas kat Malaysia ni yer? 

Gambar menunjukkan perbezaan tandas di bengkel tayar dan servis kereta kecil (bukan service centre) di kawasan perkedaian. Keduanya hanyalah kedai atau bengkel kecil yang biasa-biasa sahaja. 


Tandas yang kotor itu diambil di sebuah kedai tayar di sebuah kawasan di Selangor, di mana banyak juga kelihatan kenderaan-kenderaan mewah datang ke bengkel tersebut. Di bahagian luar kedai kelihatan agak segak dan hensem. Namun bila masuk ke tandas, segala hajat akan segera terbantut. 

Tandas yang bersih itu pula di ambil di sebuah kedai tayar juga di kawasan agak terpencil di pinggir bandar Frankfurt. Kedainya tidaklah besar, mungkin kecil sedikit sahaja dari kedai yang sama di Malaysia. 

Kenderaan yang datang ke kedainya pula ada yang besar dan ada yang kecil namun keadaan kedai sangat bersih, rapi, kemas, tersusun dan sukar melihat sampah atau bendasing kecil di atas lantainya. Kalau masuk tandasnya, hajat asal nak buang yang kecil mungkin akan terlajak sampai yang besar. 

Beza sungguh keadaan tandas di kedua-dua bengkel tersebut. Staf atau pekerja bengkel lebih kurang sama sahaja-ada sekitar 4-5 orang. Keduanya tiada tukang cuci. Keduanya juga didominasi oleh kaum lelaki dan hanya ada seorang kerani wanita. Bukannya tak ada tandas bersih di bengkel-bengkel di Malaysia ni namun susah nak jumpa. 

Yang sudah pasti bersih adalah tandas di pusat-pusat servis kenderaan yang besar dan berjenama. Kalau bengkel-bengkel kecil ni memang jaranglah nak jumpa yang betul-betul bersih dan menyelerakan. Perniagaan yang sama, produk dan servis yang sama, peralatan dan mesin atau "tool" yang sama dan ruang perniagaan yang digunakan juga sama. 

Namun orang yang berniaga dan bekerja di dalamnya mempunyai metaliti yang jauh berbeza, maka hasilnya juga turut berbeza. 

Itu belum cerita tentang tandas-tandas di restoran tomyam, restoran mamak dan sebagainya. Tandas-tandas di masjid dan surau juga tidak kurang "hebatnya". 

"Kebersihan adalah lebih penting dari kemerdekaan" kata mendiang Mahatma Ghandi terhadap rakyatnya yang suka "membuang" merata-rata. “Agama Islam adalah agama yang bersih dan suci. 

Oleh itu kamu harus menjaga kebersihan. Maka sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali hanya orang-orang yang suci.”(HR. Al-Baihaqi) Nampak tak betapa pentingnya kebersihan. Renung-renungkanlah.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »