Tak Sokong Kerajaan, Berhentilah - Menteri Kepada Guru Yang Kritik Kerajaan.

Guru yang aktif dalam mempromosi pembangkang dan asyik memburukkan kerajaan dinasihatkan berhenti daripada perkhidmatan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata setiap kakitangan awam sepatutnya sedar bahawa mereka terikat dengan peraturan yang ditetapkan dalam Perintah Am dan tindakan mengkritik hingga berbaur fitnah tidak sepatutnya berlaku.

"Jika dia masih lagi guru kemudiannya naik pentas hingga menghentam kerajaan...bagi syarahan, lepas tu ada unsur fitnah dalam tu...saya ingatkanlah elok kalau dia meninggalkan profesion dia.

Contoh Komen Yang Menyokong Saranan Menteri
Jika dia duduk dalam ni (kerajaan) dan hentam kerajaan...saya rasa tidak sihatlah. Bukan saya kata kita tutup demokrasi tetapi pegawai kerajaan tertakluk kepada perkhidmatan awam, ada pekeliling dan perintah am," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas sesi dialog bersama warga pendidik mengenai dasar-dasar utama Kementerian Pendidikan di Taman Tamadun Islam di sini.

Mahdzir berkata hanya sebilangan kecil daripada 435,000 guru di seluruh negara yang dikesan terlibat secara aktif dengan pembangkang dan pihaknya sedang memantau perkara tersebut.

"Saya rasa guru bukan menyokong pembangkang...tetapi mereka melahirkan rasa tidak puas hati dengan kerjaya mereka untuk kerajaan betulkan dan sebagai tindak balas atas rasa tidak puas hati itu...kerajaan akan membuat pemantauan untuk perbaiki.

Kerajaan akan sentiasa berusaha dan saling membantu bersama sokongan guru. Saya nasihatkan agar mereka jangan keterlaluan. Kalau hendak tular pun fikir dulu," katanya.

Sementara itu mengenai pembantu guru yang sepatutnya telah dilantik, Mahdzir berkata ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya seperti yang dirancang sebelum ini ekoran kekangan kewangan.

Katanya, setakat ini hanya Sabah, Melaka dan Kedah yang menjadi perintis program tersebut sejak dua tahun lalu dan ia mungkin akan diteruskan sekiranya mempunyai kemampuan sewajarnya.

"Pembantu guru yang telah dilantik di tiga negeri tersebut akan meneruskan khidmat mereka seperti biasa,"katanya.

Mengenai Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM), beliau berkata setakat ini pelbagai usaha telah dilakukan termasuk memberi penerangan kepada guru dan masyarakat.

Tambahnya, sehingga kini semua pihak menerima secara positif dan berganding bahu bagi memastikan perancangan sehingga 2025 itu mampu dicapai malah pelbagai kajian dilakukan agar guru dan pelajar dapat menerima transformasi yang cuba dilakukan demi masa depan pendidikan negara.

-- BERNAMA

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »