6 Sekeluarga Maut Dihempap Treler - Ini Senarai Penuh Identiti Mangsa Yang Terkorban.

Enam maut, termasuk seorang wanita apabila kereta dinaiki mereka dihempap sebuah treler dalam kemalangan di Kilometer 403.3 Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran Plaza Tol Tanjung Malim, di sini, pagi tadi.
Rakaman CCTV
Jurucakap bomba berkata, kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu berlaku apabila treler dari arah utara itu terbabas serta terbalik di laluan bertentangan akibat tayar pancit dan menghempap kereta mangsa.
"Kami menerima panggilan pada pukul 7.41 pagi. Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu serta Tanjung Malim bergegas ke lokasi kejadian lapor Bernama.
Dalam pada itu, Awani turut berkongsikan identiti mangsa kemalangan yang dipercayai sekeluarga. Nama-nama mangsa ialah;
Low Wai Loon, 46 tahun
Lam Leong Choy, 76 tahun
Lam Jie Yang, 19 tahun
Wong Check Lee, 53 tahun
Lam Jie Hong, 13 tahun
Lam Wai Keat, 38 tahun
Menurut portal itu lagi, kesemua mangsa telah dibawa keluar pada jam 9.40 pagi tadi. Manakala pemandu treler yang mengalami kecederaan ringan dikenali sebagai Muhammad Syahrul Nizam Anuar berusia 27 tahun.
Berikut adalah gambar-gambar kemalangan.


Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »