Hospital Pasir Mas Layan Saya Macam Budak Kampung Dakwa Ketua UMNO Rantau Panjang.

Ahli Lembaga Pengarah Hospital Pasir Mas, Senator Datuk Abdullah Mat Yasim meluahkan rasa kekecewaannya terhadap layanan seorang kakitangan hospital itu ketika menghantar bapanya, Mat Yasim Ibrahim, 83, untuk menerima rawatan pada jam 1.07 pagi, jumaat lepas.

Abdullah yang menulis status di laman sosial Facebook berkata, kakitangan berkenaan seperti acuh tak acuh dan bersikap lepas tangan ketika dimaklumkan berkenaan keadaan kesihatan bapanya.

"Padanlah hospital di Lati ini dinamakan hospital maut. Setara saya pengerusi ahli lembaga pengarah dilayan macam budak kampung, orang kampung tidak tahulah [layanannya]", katanya di status berkenaan.

Status Yang Cetus Kontroversi
Datuk Abdullah Mat Yasim yang juga Ketua UMNO Rantau Panjang turut berkongsikan gambar objektif hospital tersebut di dinding Facebooknya bagi menyindir layanan kakitangan hospital itu terhadap pesakit.

"Cuba tengok objektif, visi dan misi Hospital Pasir Mas ... realiti atau fantasi", katanya.

Dalam pada itu, Sinar Harian melaporkan Jabatan Kesihatan Kelantan akan menyiasat dakwaan layanan buruk seorang kakitangan hospital terhadap keluarga dan pesakit di Hospital Pasir Mas.

Pengarahnya, Datuk Ahmad Razin Datuk Ahmad Maher berkata, perkara tersebut masih dalam tindakan jabatan.
Menurutnya, pihaknya akan mengambil maklum balas daripada pelbagai pihak dan menyelesaikan isu tersebut dengan segera.

“Saya harap perkara ini tidak diperbesarkan kerana Jabatan berusaha memastikan ia diselesaikan dengan baik,” katanya kepada media itu. - Sozcyili.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »