Kerana Bersikap Racist, Individu Ini Disound Oleh Chef Wan Kaw-Kaw.


Umum mengetahui, chef paling popular di Malaysia, Chef Wan sangat bencikan sikap perkauman dan seringkali dilihat mengkritik mana-mana insiden yang cuba membenihkan elemen perkauman.

Terbaru, pada 7 April lepas ketika berkongsikan betapa bersihnya pembuatan roti menerusi satu video di laman Instagramnya, Chef Wan sekali lagi 'amuk' kerana terdapat individu yang cuba memaparkan sikap racist di dinding Instagram milik beliau.

Saksikan paparan berikutnya.

Selepas Chef Wan berkongsikan satu video, Isma berkata yang penting bangsa melayu



Chef Wan kemudiannya menempelak pengomen itu.

"Konon melayu lebih baik? Banyak kilang cina yang bersih dan ada sijil halal oleh JAKIM. Yang awak tu makan siang malam ntah roti dari kilang mana awak pun taktahu.. Bila keluarkan pandangan sebegini, nampak sangat kebodohan", katanya sebagai respon terhadap komen yang dituliskan oleh Isma.



"Racist! Awak sangat berbahaya kepada masyarakat samada secara sikapnya mahupun pemikiran awak. Tolong la jangan 'follow' saya dan biarlah ini menjadi pengajaran yang berguna buat awak dan semua yang lain kat sana. Kalau takde benda cerdik nak komen, diam lebih baik", katanya lagi mengakhiri perbualan tersebut. - Sozcyili

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »