Langgar Lubang Jalan, Pemilik Ferrari Ini Saman Majlis Bandaran Dan Menang RM55,000.

Kejadian yang berlaku di England ini mungkin boleh dijadikan iktibar. Lihat bagaimana hak pengguna di negara maju dibela. Ia mungkin kelihatan kecil, namun ia boleh jadi kes rujukan pada masa-masa akan datang.

Apa yang lebih jelas sekarang ialah pengguna memang berhak menyaman pihak berkenaan jika berlaku kerosakan pada kenderaan mereka akibat jalan yang tak diselenggara dengan baik.

Pemilik Ferrari 458, Scott Nicholas telah menang dalam kes samannya ke atas majlis bandaran tempatan sebanyak £10,000 atau RM55,500. Cukup untuk membeli sebuah Myvi baru berwarna kuning edisi terhad yang sangat ekstrim kata budak-budak wicet.
Bagaimana kesnya?
Nicholas memandu pada waktu malam di sebatang jalan di Peterborough dan beliau memberitahu terlanggar sesuatu hentaman kuat. Berapa kuat? Ia menyebabkan beg udara sebelah penumpang terkeluar dan beliau hilang kawalan yang menyebabkannya terbabas.

“Saya terbabas ke jalan bertentangan, tapi nasib baik tiada kereta dari arah depan. Bila beg udara meletup, saya sangat terkejut,” ujar beliau
Di sebalik kerosakan beg udara yang menelan belanja pembaikan sebanyak £6,000 (RM33,300), rim asli kereta ini juga jahanam dan beliau perlu bayar sebanyak £3,000 (RM16,650) untuk menggantikannya. Lebih sedih lagi, kereta tersebut tersadai tiga bulan untuk menunggu alat-gantinya sampai dari Itali.

Nicholas memberitahu, beliau akan menerima bayaran dalam masa tiga minggu dan apa yang lebih mengejutkan, beliau akan mendermakan kesemua wang tersebut untuk kebajikan.
Ia bukan tentang wang, ia tentang prinsip dan hak kita. Lebih menyakitkan hati ketika di mahkamah, mereka cuba untuk mengelak dari mengambil tanggungjawab. Mereka juga beritahu supercar tak sepatutnya berada di jalan,” ujar beliau lagi

“Supercar sepatutnya duduk dalam garaj macam orimoto” – OK yang ni Abang Japar saja tambah.

Apapun, kalau mengikut kepada acuan sistem perundangan, Malaysia tidak jauh daripada amalan British. Jadi, adakah kita boleh saman DBKL dengan mainhole tengah lubang ketika superman satulapan? Kami akan cuba dapatkan pandangan peguam tak lama lagi.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »