Layak Ke Hantaran 20 Ribu Kalau Kau Tu Barang Second Hand?

Oleh : Saiful Nang

LAYAK KE HANTARAN RM20K? DALIL KENAPA ANAK DARA HARI INI KEBANYAKAN TAK ADA NILAI DAN ANAK TERUNA RAMAI TAK BOLEH BUAT TOK LAKI. 

Saya rasa tak kurang 10 tahun saya menjadi jurugambar perkahwinan professional sebelum saya berhenti untuk menguruskan perniagaan lain pada tahun 2013. 

Alhamdulillah bersama candidsyndrome.com merasalah dari shoot di kampung sampai shoot di Chicago, London, Stockholm, Paris tanpa dilupakan Kodiang, Kuala Nerang dan Tampin. 

Dah banyak jenis hantaran saya jumpa sepanjang ambil gambar orang kahwin insyaAllah rasanya dah lebih 500 pasangan saya shoot dari orang Islam sampailah orang suku-suku tak ada kepercayaan dengan pelbagai rupa. Percayalah, orang kita juga yang paling legend dalam urusan hantaran ni. Ada yang siap ikut tarikh lahir lagi, Nasib lahir 7hb kena RM7k jika lahir dia 31hb dah tentu kena 31k (contohnya). 

Persoalannya, layak ke dapat sampai RM20k? Bitter truth, anak-anak gadis Melayupun dah ramai yang 2nd hand walaupun bukan janda. Kajian Dr Khaidzir Ismail dari UKM ke atas responden di kalangan anak-anak remaja di sekolah-sekolah menengah dari kalangan 887 orang yang ditakrif berisiko mendapati hanya 1 ORANG DARI 887 ORANG BELUM LAGI MENGALAMI SEKS. Wow! yang lain...DONE! 

Itu kajian tahun 2006 dulu. Zaman itu zaman yang belum ada cerita drama orang kaya perkosa anak gadis mana lepas tu nak tebus salah tiba-tiba tukang rogol jadi suami sebaik-baik suami romantik, ketika itu tak ada cerita drama jam 7 yang macam acah sweet jer baru cakap "i rasa i suka u" dah terus boleh peluk-peluk. 

Cerita Korea pun zaman-zaman tu cuma cerita hantu sahaja bukan cerita-cerita kencing manis macam sekarang. Sewajarnya dengan awareness tentang betapa "sweet"nya bercinta sebelum kahwin tanpa batasan hingga ke jinjang katil, mungkin Dr Khaidzir Ismail akan dapati statistik itu akan bertambah sekarang. Anak dara sekarang sudah betul-betul RARE daranya. 

Yang membaca ni pun nanti ada yang mengurut-ngurut belahan sendiri untuk bertafakur juga menyesali perawan yang hilang. Orang dulu-dulu paling takut kalau kahwin kena diandam kerana MAK ANDAM (bukan abang andam atau pak andam) sangat cekap untuk tahu samaada pengantin ni masih well-wrapped from manufacturer ataupun seal has been broken. Kita beli barang eletronik pun, siapa da tulis "Return if Seal Broken". 

Dan ramai yang hantar semula ke penjual bila seal broken tapi dalam dunia yang kebanyakan produk dan broken seal ramai juga yang cuba compromise kerana yang kena compromise ni pun jenis yang tukang break the seal juga. Bolehlah rasa ok to compromise. 

Tapi kalau dah teruna sejati yang tengok porn pun tak pernah dan belajar Sains tingkatan 3 pun malu-malu sampai merah muka dan bila di universiti orang cerita pergi prom night dia pergi surau dan pakai sabunpun hanya untuk mandi sahaja...tiba-tiba kahwin, dapat anak gadis yang guanya sudah hilang sawang kerawang. 

Ada yang sampai loheng macam Smart Tunnel (air boleh masuk, kereta lori semua pun boleh masuk keluar) dengan kadar tol RM3 sahaja atau guna touch & go. Sama juga halnya dengan perawan yang masih berawan-rawan lagi dapat pula kaki REWANG yang segala jenis jamban dah cuba. Tapi tu masalahnya, kaki REWANG lelaki ni tak ada kesan fizikal. Sama jer kalau dah memang hanat dari mula, jumpa bakal mertua gadis si Dara original (seal-not-broken) boleh solat jadi imam sahaja, terbeli jiwa pak mertua dan mak mertua tanpa banyak soal. COP CONFIRM! 

Anak dara sekarang pun ramai yang buat jualan murah. Dulu nak berjodoh, orang pergi kenduri habis mak usya anak gadis mana pandai potong bawang, masak nasi, ringan tulang. Pantang ada jer, habis ditanya budaknya. Bila ditanya budaknya, terus blushing malu-malu muka putih jadi merah jambu namun menjawab tidak sekali walaupun yang bertanya tu ialah emak kepada jejaka paling hot dalam kampung...tak gedik OK. Yang Si Ayah-ayah pula, semasa kenduri juga dok usya anak laki mana yang kuat kerja nak dijodoh dengan anak sendiri. 

Agak kalau ada yang berkenan, Si Ayah bisik pada Ayah budak lelaki tu...."Anak kau kosong lagi?" Itu adab Melayu dulu. 

Berlainan dengan kenduri hari ini yang SERBA KATERING semuanya. Anak gadis tangan lembut berbau krim Qu Puteh tak macam dulu anak gadis tangannya lembut berbau FAB buku. Nak dikira kelajuan meracik bawang si gadis zaman katering 1 minit siap 1 labu bawang. 

Zaman anak gadis zaman kenduri dulu, 1 minit berlabu-labu bawang sekali potong. Nampak sahaja macam ayu-ayu sekali potong bawang sambil tengok TV pun tangan masih laju meracik tanpa terpotong jari. Minggu lepas saya pergi kenduri kahwin di PJ. 

Saya nampak ramai anak gadis zaman katering sekarang langsung tak tahu apa hakikat rewang. Yang mereka tahu sebahagiannya, malam minggu join budak motor lepas tu mesti "kena rewang". 

Yang datang majlis pakai baju kurung mesti kena sendat. Menutup dah betul, ketatnya pula lain macam. Kesian mak ayah dia tak mampu beli baju baru sampai terpaksa pakai baju masa sekolah rendah semasa cup baru saiz A tapi sampai cup dah saiz double D pun masih pakai baju yg sama. 

Bila seks sudah terlalu mudah dan PERCUMA sementara perkahwinan disukarkan, nafsu jejaka dah tak perlukan lagi pernikahan yg susah-susah itu. Kenapa menikah untuk fix kepada 1 orang jika tanpa nikah boleh pilih mana-mana suka untuk jadi teman tidur? 

Sebab itu lelaki yang mahu berkahwin BILANGANNYA SEDIKIT dan bilangan perempuan yang perlukan perkahwinan sangat ramai sampai kena buat promosi jualan murah dengan pameran dan freeshow. Gedik...lebihkan sikit. Test drive...PM tepi. 

Soal Si Gadis nak simpan dara untuk suami dah jadi isu klasik. Kononnya "alaa...simpan-simpan pun dapat tok laki jenis pukul keliling tak guna juga" maka teruslah semuanya buat JUALAN MURAH DALAM KENDURI. 

Masa kenduri lah semua jenis pakaian yang jarang, ketat, sendat, mantap dan mendap semua dipakai. Sex jadi mudah semudah bertanya "girl...baju u cantiklah"...malam tu boleh dah REWANG free tanpa komitmen. 

Jangan cakap kita nak baik sangka sahaja, orang lelaki ni tajam penglihatannya. Dah memang awak pakai baju sampai tersembul busut itu adakah untuk pergi kenduri atau tayang aset? dah MEMANG NAK SURUH ORANG TENGOK. 

Yang pakai lawa-lawa buka-buka tu sengaja pakai nak pergi kenduri atau promosi? Kau pun pakai macam tu sambil-sambil kau lirik mata jantan mana yang sedang pandang aset kau bukan? 

Dan bila pandang bertemu pandang...tak payah keluar ayat, kita boleh tahu awak nak atau taknak. Tak payah nafi atau iyakan apa saya cakap. Sendiri simpan dalam diri nak kata "betul lah....mana SN tahu?" atau sebaliknya. 

Umur semakin tua, lagi 1 tahun nak masuk 4 series, sekilas ikan di air aku tau lgbt atau straight. Pulak tu bila nak kahwin semua pakat nak grand. Padahal yang nak dikahwin tu dah standard barang 2nd hand atau scrap tapi mahar dan hantaran macam kahwin gadis pingitan desa yang tak ada Astro, TV3 dan tak pernah tengok drama Korea. 

Tapi hantaran tak mahu kurang mesti RM31,890 (ikut tarikh lahir lagi). Mesej yang abg aji tulis panjang-panjang ni ialah SERUAN kepada ibu bapa, MUDAHKANLAH PERKAHWINAN dan seruan kepada gadis dan teruna, kalau dah tak tahan sangat...PUASA. 

Kalau dah sampai masa, tak perlu tunggu SPM habis minta lah kepada ibu bapa nak kahwin. Sebab tu ada lagu orang dulu-dulu "Ohh Mama...saya mahu kahwin". 

Lagu tu orang buat pasal memang ramai orang pakai lah tu dan pasang kuat2 sikit di rumah seminggu sebelum tanya ayah yang awak dah nak kahwin. Panas hati ni, so kepada yang tak ada plan apa-apa 16 April nanti abg aji nak undang majlis perkahwinan 9 pasang anak-anak yatim dan asnaf RPWP kita buat serentak. 

Ni semua jenis kahwin hantaran tak sebut dan maskahwin ikut apa yg pejabat agama tetapkan dan muda-muda lagi pun dah kahwin kerana sudah sampai masa mereka sendiri nyatakan hasrat. Ada beberapa perkara dalam dunia kita tak boleh tahan tapi kita perlu URUSKANNYA. 

Antaranya ialah AIR...kita empang-empang dia bertakung sampai masa dia melimpah juga. Yang kita nak kawal, jangan sampai empangan pecah dan jadi bala kepada semua orang. Ingat jemputan 16 April ni secara online, ni bukan ajak-ajak ayam...abg aji serius tunggu korang depan pagar. Tengok jemputan di http://prihatin.net.my/blog/2017/03/27/jemputan-ke-majlis-walimah-9-pasangan-asnaf-rpwp/ 

Anak-anak semua, ada sebab kenapa Allah larang kita dekati zina kerana ia memang terkutuk dan kesudahannya sangat buruk. 

Ko bayangkan kalau laki kau tahu kau dulu pernah kena "rewang". Paling tidak pun, suami kau nak keluar rumah pun tak senang hati kot ada mana-mana musibat yang kau jemput di pintu belakang SEUMUR HIDUP ko takkan rasa senang hati kerana suami kau tak pernah aman bila tinggalkan rumah. 

Saya faham ada mereka yang terasa kerana tergolong dalam golongan terowong smart dan teruna jamban awam ni yang terasa dan akan hentam apa yg ditulis...silakan. 

Pada saya, biarlah saya tulis perkara yang benar walaupun pahit dari nak sembunyi bangkai bawah tikar. 

Sekian

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »