Peristiwa Misteri Tahun 1970 Di Gunung Pondok.

Oleh : Orang Perak

Gunung Pondok yang cukup sinonim dengan kawasan Padang Rengas di Kuala Kangsar sentiasa menjadi simbolik atau mercu tanda semula jadi yang memisahkan sempadan antara Kuala Kangsar dengan Larut. Oleh kerana saiznya yang besar dan mudah untuk dilihat dari kawasan datar, ia secara tidak lansung amat berguna pada satu ketika dahulu untuk menjadi petunjuk arah bagi kedua-dua lokasi berkenaan.


Apa yang menarik tentang Gunung Pondok ini adalah sebelum ini, ia pernah menjadi tumpuan penyelidik untuk menyelidik kawasan gunung tersebut. Mereka mendaki Gunung Pondok sehingga ke puncak untuk tujuan kajian arkeologi. Bagi segelintir penduduk tempatan, ada yang gemar melakukan aktiviti pemburuan terutama ingin mendapatkan kambing gurun iaitu antara spesies hidupan liar yang sangat sukar ditemukan.


Ada yang bijak mengambil peluang untuk menambah pendapatan ekonomi masing-masing untuk mencari dan mengutip tahi-tahi kelawar yang ada di dalam gua untuk dijadikan baja tanaman. Antara gua yang menjadi tumpuan termasuklah Gua Panca Logam dan Gua Bersanding. Ada juga beberapa kerat pihak yang gemar menjalankan aktiviti pertapaan untuk meningkatkan ilmu kebatinan dan persilatan. Apa yang diceritakan tadi semua pernah berlaku dahulu di Gunung Pondok sebelum berlaku peristiwa yang misteri sehingga menyebabkan tiada siapa lagi yang berani untuk mendaki gunung tersebut.
Salah satu peristiwa yang sehingga kini dianggap misteri berlaku pada awal tahun 1970 apabila seorang penyelidik berbangsa Cina dilaporkan hilang ketika menjalankan kajian bersama satu rombongan lain. Tidak diketahui pula ke mana perginya penyelidik tersebut dan difahamkan ketika berada di atas gunung itu, penyelidik itu terus hilang tanpa disedari langsung oleh mana-mana ahli daripada kumpulannya.,
Berita berkenaan dengan kehilangannya dilaporkan pada pihak berkuasa dan pelbagai usaha mencari giat dijalankan di Gunung Pondok. Penduduk kampung juga turut serta bersama-sama untuk mengesan penyelidik berkenaan tidak kira waktu dari siang hingga ke malam. Usaha semua pihak yang terlibat untuk mencari individu yang tiba-tiba hilang itu gagal sama sekali dan mangsa tidak berjaya ditemui sehingga ke hari ini dan ianya kekal mesteri.
Untuk makluman anda, dikatakan pernah berlaku runtuhan pada tahun 1967 di Gunung Pondok dan ada penduduk kampung yang akui pernah sekilas pandang ternampak seorang wanita berpakaian lengkap berdiri di sebalik lubang seakan-akan sebuah terowong besar yang terbentuk di tengah-tengah gunung. Mungkin ianya adalah tersalah pandang atau kebetulan pembentukan sahaja tapi mereka yang kebetulan menyaksikan runtuhan itu terkejut tatkala terpandang seketika kelibat perempuan berdiri di terowong tersebut. Kejadian pada waktu malam itu disaksikan beberapa penduduk.
Lubang berbentuk seperti terowong itu hanya kelihatan selepas runtuhan itu berlaku dan sebelum ini lubang itu tidak pernah kelihatan langsung. Dalam pada itu pada masa dahulu pernah juga berlaku peristiwa seorang penduduk terlihat beberapa orang berjalan sambil mengusung keranda pada waktu malam di laluan berhampiran Gunung Pondok. Kejadian itu juga dikatakan disaksikan oleh seorang penduduk yang dalam perjalanan melalui sebuah jalan di tepi hutan.

Ada juga kes sekumpulan pelajar kolej yang pernah sesat ketika mencari jalan keluar semasa hendak menuruni gunung tersebut selepas pendakian. Penduduk boleh lihat pelajar tersebut dari bawah gunung yang mencari-cari jalan untuk keluar. Entah kenapa mereka tidak dapat keluar, oleh itu penduduk terpaksa naik ke atas membawa mereka pulang. Dahulu banyak kes pendaki yang sesat dilaporkan berlaku yang mana apa yang dikatakan kalau naik ke gunung dengan niat tidak baik memang akan sesat dan tidak jumpa jalan keluar.
Kini, nasib Gunung Pondok sudah tidak gah seperti dahulu lagi. Sekarang ianya dalam keadaan gondol akibat dari operasi sebuah kilang simen dan keadaannya seperti dulu tidak akan kembali lagi.
Gambar : Orang Perak 

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »