Siapa Kata Bersalin Czer Tak Sakit? Saya Juga Sakit Seperti Bersalin Normal Luah Ibu Ini..

Perkara biasa untuk ibu-ibu yang bersalin secara pembedahan diperli kononnya tidak menanggung kesakitan yang teruk sepertimana yang dialami oleh ibu-ibu yang bersalin secara normal.

Ibu-ibu yang dibedah akan dibius dan itu menyebabkan mereka hilang rasa sakit seterusnya memudahkan proses bersalin berbanding ibu-ibu yang bersalin normal kerana mereka perlu melalui kesakitan meneran bayi keluar dari perut. Benarkah dakwaan ini? Ibu Ila Rahman ada ceritanya.

Siapa kata kami tak menanggung kesakitan?



"Sesetengahnya telah merasai contraction namun jalan bawah tiada bukaan. Maka terpaksa la melalui pembedahan. Kami juga mengandung 9 bulan dan merasai apa yang dirasai oleh ibu-ibu yang bersalin normal", kata Ila Rahman di status tersebut.

Sebelum bedah kami dibius jarum yang besar..


Nak berdehem pun susah inikan pula nak batuk selepas bersalin pembedahan. Perut yang sakit selepas menjalani pembedahan tetap perlu dijaga kerana ianya juga dijahit. Pergerakan juga menjadi sulit disebabkan kesan pembedahan tersebut, katanya lagi.

Tak perlu la banding-membandingkan bersalin normal atau pembedahan..

Setiap orang telah Allah tetapkan kehidupan yang berbeza-beza. Siapa la kita nak menilai bagaimana seseorang ibu itu bersalinkan anaknya. Saya juga teringin nak bersalin secara normal. Bagi saya normal sakit czer juga sakit. Sama-sama kita sakit. Sama-sama kita alaminya. Bukan patut kita perlekehkan cara beranak sebaliknya patut kita berkongsikan tips penjagaan sebelum dan selepas bersalin, katanya mengakhiri status berkenaan.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »