Wahai Perokok, Berhentilah Merokok, Lihatlah Penderitaan Saya Sebagai Bukti..

Oleh : Adriz Adil Putra

Assalammualaikum.

Peringatan kepada kawan-kawan yg masih merokok. Berhenti lah merokok. Saya terpaksa menjalani pembedahan bagi memotong tisu dalaman yang berada di hidung supaya saya boleh bernafas menerusi hidung saya semula seperti sediakala. Dipendekkan cerita, beginilah kisah saya. 

Sumber - Adriz
Saya sudah merokok selama lima tahun. Kini, sudah lima tahun saya berhenti. Beberapa tahun selepas saya mula merokok, saya mula diserang asma dan radang hidung dalaman yang menyebabkan saya susah untuk bernafas. Satu hari, saya diserang asma dengan teruk sehinggakan saya nekad berhenti merokok untuk kebaikan.

Walaupun saya telah berhenti menghisap rokok namun segala-galanya sudah pun terlewat. Kondisi bahagian dalaman badan saya semakin memburuk. 

Semakin kerapkali diserang asma. Malahan di tisu di bahagian hidung juga membengkak membuatkan saya langsung tidak mampu bernafas menggunakan hidung, sehinggalah terpaksa menjalani pembedahan.

Saya rasa tidak perlu la saya menjelaskan penderitaan yang saya alami berbulan-bulan lamanya disebabkan perkara ini. Cukupla saya simpulkan, saya sebagai bekas perokok faham bahawa nk berhenti rokok memang susah. 

Janji kita cuba. Siapa yang langsung tak ada rasa salah sebab rosakkan diri dengan merokok.. padan muka lah bila kau jatuh sakit nanti.

Kesihatan anda, tanggungjawab anda.  

Ini adalah versi terjemahan.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

JualBeli Motor Dan Segala Kelengkapan Permotoran Disini

100Mbps Hanya RM149 Dengan Time Internet

BolehCompare : Portal Perbandingan Perkhidmatan Yang Pertama Di Malaysia

Share this :

Previous
Next Post »