"Apa Salah Anak Saya, Mereka Tak Rasa Apa-Apa Ke Masa Seksa Dia", Luah Ibu Zulfarhan.

Hawa Osman, 54, ibu kepada Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang mati akibat didera-buli tampil meluahkan perasaannya kepada pemberita.

Memetik laporan dari NST Online, beliau masih dalam usaha untuk menerima hakikat kehilangan anak secara tiba-tiba namun tetap berada di mahkamah untuk mendengar proses perbicaraan supaya setiap satu yang terlibat dalam pembunuhan Zulfarhan dapat melihat wajah dan kemarahannya.

Saya harap dapat berada di mahkamah nanti untuk melihat wajah-wajah mereka. Saya nak mereka tahu kemarahan dan kekecewaan yang saya rasakan”, katanya.

Mereka tak rasa apa-apa ke masa mereka seksa anak saya begitu? Saya harap mereka terima hukuman yang selayaknya,” ujarnya lagi, dalam laporan itu.

Hawa juga dalam keadaan sebak mempersoalkan kenapa anaknya diseksa sehingga 80% badan melecur teruk. Menurut laporan bedah siasat, tahap lecur di badan Zulfarhan ialah di tahap kedua dan ketiga. Kecederaan terbakar itu turut dikesan pada kemaluan mangsa.

Perbezaan tahap kesan terbakar


Menurut Hawa lagi, keseluruhan bahagian tubuh anaknya samada didepan atau dibelakang ada kesan melecur yang teruk.

Harapan untuk melihat anak kesayangannya berkahwin dan berjaya juga musnah begitu sahaja dengan insiden malang itu kata Hawa lagi.

Apa punca sebenar? Mengapa dia diseksa tanpa belas kasihan? Kesan melecur pada jasadnya ada di depan badan hingga ke belakang”, luahnya.

“Saya boleh menerima tragedi ini tetapi cara mereka mencederakan dia tidak berperikemanusiaan. Dia melecur 80 peratus di badannya, apakah mereka langsung tiada rasa simpati?”.

Sekurang-kurangnya bila sesuatu sebegitu terjadi pada seseorang, dia dihantar ke hospital untuk dirawat. Ini langsung tiada hati perut. Saya harap pertuduhan di bawah Seksyen 310 Kanun Keseksaan dikekalkan”, luah Hawa lagi.

Dia anak harapan saya. Saya mahu lihat dia berjaya. Saya mahu lihat dia berkahwin. “Saya berdoa untuk Farhan setiap hari. Dengan Hari Raya yang makin hampir, kami selalu teringatkan dia. Adik-adiknya merinduinya,” luah Hawa.

Dalam pada itu, pakar analisis jenayah Kamal Effendi mengatakan sesiapa sahaja yang menjadi saksi sesuatu tindakan jenayah samada terlibat atau tidak dengan kejadian tersebut akan dianggap salah disisi undang-undang jika tidak melaporkan perbuatan tersebut.

Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah benar kesemua yang didakwa polis terlibat dalam perlakuan ganas terhadap Zulfarhan, namun jika sekalipun ada yang tidak memukul dan mendera Zulfarhan, cukup dengan menjadi saksi mata dan membiarkan Zulfarhan didera-buli tanpa mengambil sebarang tindakan susulan untuk menjernihkan keadaan membolehkan dianggap bersubahat dalam perlakuan jenayah tersebut.

Hanya melihat tidak melapor tetap bersubahat - pakar jenayah





Andai kata ada seorang di antara 32 yang ditahan polis itu bertindak pantas menyelamatkan Farhan, mungkin Farhan masih bernyawa ketika ini, fikir-fikirkanlah - Sozcyili.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »