Gagal Lapor Polis Dan Tidak Arah Mangsa Ke Hospital, Doktor Pertama Rawat Zulfarhan Disiasat KKM.

Kementerian Kesihatan (KKM) akan memanggil doktor daripada sebuah kinik swasta yang dilaporkan merawat mahasiswa Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain yang disahkan meninggal dunia akibat didera, dalam tempoh terdekat.
Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pihaknya akan memanggil doktor berkenaan bagi mendapatkan penjelasan berikutan kegagalan doktor itu melaporkan kecederaan yang dialami  Zulfarhan Osman kepada pihak polis.
Zulfarhan bersama keluarga
Kita mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan. Biasanya jika pesakit itu mengalami kecederaan berpunca daripada kemalangan atau yang dipercayai mempunyai unsur jenayah, doktor dan pihak hospital perlu melaporkan perkara itu terus kepada polis.
Jika tidak dilaporkan itu adalah salah, kerana ia merupakan tanggungjawab dan amalan yang seharusnya dilakukan oleh doktor yang merawat pesakit berkenaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata tindakan memanggil doktor berkenaan dilakukan berdasarkan etika profesional yang diguna pakai Kementerian Kesihatan.
Tindakan doktor itu yang tidak melaporkan kes jenayah seperti ini boleh dipersoalkan... bagaimanapun kes ini tetap di bawah seliaan dan siasatan pihak polis,” katanya.
Zulfarhan Osman, 21, yang merupakan Pegawai Kadet Laut di universiti itu meninggal dunia di Hospital Serdang, pada 1 Jun lepas dengan kesan lebam dan melecur di badan.
Mangsa sebelum itu dipercayai menerima rawatan sebanyak dua kali di klinik swasta berkenaan dan difahamkan doktor yang merawat mangsa tidak mengarahkan mangsa segera dihantar ke hospital walaupun menyedari keadaan mangsa parah. - Bernama

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »