1,500 Untuk Setiap Anak Kelahiran Selangor.

Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) adalah satu program yang diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk anak-anak yang lahir di negeri Selangor. Ianya dikendalikan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS).

Bermula 9 Julai 2011, setiap ibu bapa yang hendak mendaftarkan nama anak mereka wajib menyediakan dokumen seperti Mykad ibu dan bapa, Mykid atau sijil kelahiran anak dan surat pengakuan anak angkat (jika perlu).

 
Ada 3 jenis syarat yang perlu dipatuhi untuk memohon TAWAS iaitu warganegara Malaysia, lahir di negeri Selangor atau di luar negeri Selangor bermula pada 1 Januari 2008, ibu atau bapa lahir di negeri Selangor, atau pun ibu atau bapa lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.

Syarat yang kedua ialah anak yang dilahirkan di Selangor, warganegara Malaysia, dilahirkan di negeri Selangor bermula 1 Januari 2008, ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi sudah bermastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Selangor.

Syarat yang ketiga pula ialah warganegara Malaysia, lahir di luar negeri Selangor tetapi bersempadan dengan negeri Selangor seperti Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan yang sama dengan ibu atau bapa bermula 1 Januari 2008. Ini termasuklah ibu atau bapa yang dilahirkan di daerah negeri yang lain dan bersempadan dengan Selangor Pahang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.

Penyata rasmi simpanan TAWAS akan dikeluarkan selepas permohonannya diluluskan oleh YAWAS. Ibu bapa atau penjaga akan dimaklumkan untuk mengambil penyata tersebut. Semasa hari tersebut, ibu bapa atau penjaga wajib membawa dokumen seperti Mykid atau sijil kelahiran atau kad Si Manja jika ada. 
 
Penyata ini hendaklah disimpan dengan cermat sehingga usia anak mencecah 18 tahun. Sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan penyata ini, anda perlu membuat laporan ke pejabat YAWAS dan dikenakan caj RM10.

Untuk makluman, kad Si Manja adalah kad keahlian yang diberikan untuk setiap permohonan TAWAS yang berjaya.
 
Manfaat menyertai TAWAS

Pasti ada yang bertanya, apa manfaat program ini kepada ibu bapa dan anak-anak yang didaftarkan? Anda mendapat 3 manfaat seperti diskaun penginapan di De Palma Hotel, diskaun keahlian AAM Roadside Assistant dan khairat kematian RM1,500 kepada waris TAWAS yang berdaftar.

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam artikel ini, boleh membuat permohonan TAWAS secara online menerusi link ini :


Pendaftaran adalah percuma!

Selain itu.. banyak aktiviti dan sumbangan diadakan setiap tahun, ini adalah salah satu kelebihan pada ahli tawas nak tahu lebih lanjut boleh like Facebook TAWAS untuk mengetahui pengumuman atau info semasa berkaitan aktiviti TAWAS atau layari www.tawas.org.my

Sebarang pertanyaan atau aduan berkaitan dengan permohonan TAWAS, penyata simpanan dan kad TAWAS boleh mesej secara peribadi di Facebook atau hantar email, atau datang sendiri ke pajabat YAWAS yang terletak di seksyen 7, Shah Alam

Syarat-Syarat Pendaftaran Tabung Warisan Anak Selangor

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Permohonan yang tidak disertakan bersama dokumen sokongan atau tanpa cop pengesahan (bagi syarat II dan III) akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses.

Tarikh TUTUP Pendaftaran TAWAS adalah pada Hari Ulangtahun ketiga anak. (sebelum umur pemohon tiga tahun).

Syarat I

Permohonan adalah terbuka kepada Anak Selangor yang bermaksud rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

Warganegara Malaysia DAN

Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor mulai 1 Januari 2008, DAN

Sama ada:-

Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor, ATAU

Ibu atau bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU

Syarat II

Permohonan adalah terbuka kepada Anak yang dilahirkan di Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:

1. Warganegara Malaysia, DAN
2. Lahir di Negeri Selangorm mulai 1 Januari 2008, DAN
3. Ibu dan bapa bukan kelahiran Selangor tetapi telah menetap di Negeri Selangor minimum 5 tahun DAN
4. Cop pengesahan Taraf mastautin ATAU

Syarat III

1. Warganegara Malaysia, DAN
2. Lahir di luar Negeri Selangor , daerah negeri lain yang bersempadan dengan negeri Selangor iaitu (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) yang sama dengan ibu atau bapa mulai 1hb Januari 2008 DAN
3. Ibu atau bapa yang lahir di daerah negeri yang bersempadan dengan Selangor (Negeri Sembilan, Perak, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

Ini merujuk kepada Ibu dan Bapa adalah pemastautin tetap di negeri Selangor yang bersempadan dengan daerah negeri kelahiran (Negeri Sembilan, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan perlu mendapatkan cop pengesahan mastautin hanya daripada Ketua Kampung, Penghulu dan Pengerusi Taman Perumahan sahaja.

Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG DITALIAN:
TELEFON: 03-5481 8800
FAKSIMILI: 03-5524 2068

Laman web TAWAS: www.tawas.org.my

Boleh juga buat pendaftaran ONLINE

Tapi selepas itu kena cetak dan dihantar bersama dengan dokumen sokongan yang dikehendaki seperti berikut:

1. Salinan MyKid dan Sijil Lahir Anak
2. Salinan MyKad ibu dan bapa
3. Salinan MyKad penjaga (jika perlu)
4. Salinan Surat Perakuan Anak Angkat (jika perlu)
5. Cop Pengesahan Taraf Mastautib (bagi syarat II & III)
6. Surat Pengesahan penyakit Kronik dan masih dalam rawatan (sekiranya anak mempunyai penyakit kronik)

Penghantaran hendaklah dilakukan dalam tempoh 4 minggu dari TARIKH PENDAFTARAN ONLINE dilakukan dan dihantar ke alamat berikut:

Yayasan Warisan Anak Selangor,
Aras 5, Kompleks Belia Dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7,
Persiaran Kayangan,
40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
 

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »