Empat Beradik Kelaparan, Tunggu Ibu Balik Mencari Sisa Makanan Di Rumah Jiran.

Oleh : Vivi Sumanti

Gambar - Vivi Sumanti
Anak berkeliaran di malam hari. Rumah gelap gelita tanpa eletrik. Ibu bapa entah kemana. Ketika kak V melalui Jalan Besut, Terengganu, teringat satu keluarga yang tidak mempunyai eletrik hampir dua bulan. Mereka tinggal bergelap tanpa sebarang cahaya kecuali lilin..

Sebelum ni cerita budak-budak ini kelaparan... mengetuk rumah jiran untuk mencari makanan.. terdetik dalam hati untuk singgah rumah mereka.

Ketika melalui rumah mereka di Kampung Beris Lampu Besut, Kak V melihat rumah masih gelap.. bila Kak V berhenti bertanya jiran.. empat beradik ini menumpang menonton tv dan cahaya lampu dirumah jiran.. sambil menunggu ibunya pulang membawa makanan.. terkadang ada makanan yang dibawa balik oleh ibunya, tapi ada jugak tangan kosong. 


Mereka berempat mendakwa tidak makan seharian.. bertanya Kak V pada yang bongsu, adik bongsu ibu bawa sebab demam.

Begitulah kisah rutin harian 5 beradik.. bapa rosak dik *** ****, ibu tidak ada pendapatan, malam hari berkeliaran mencari makanan.. mengetuk rumah-rumah jiran... mencari sisa makanan.

Bagaimana kesudahan nasib anak-anak ni... yang sulung berusia 13 tahun, bongsu setahun lebih... mereka tidak ke sekolah kerana kemiskinan.



Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »