Feminisme Yang Melanda Lelaki.

FEMINISME YANG MELANDA LELAKI
Ada 3 konsep di dalam Quran yang kita boleh dapati berkenaan hubungan sesama jantina:
1. Berpasang-pasangan (Zaujiya): Dalam Surah An Nisa’ ayat pertama , Allah menyebut “Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu dari diri yang satu dan yang menajdikan daripadanya itu pasangannya dan juga yang mebiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang raamai dan bertakwalah kepada Allah…”
2. Saling bantu-membantu (Wilayah) : Dalam Surah At Taubah, ayat 71, Allah menyebut “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagiannya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang kejahatan…”
3. Penyelenggara (Qawwamah) – Dalam Surah An Nisa’ ayat 34, “kaum lelaki itu adalah penyeleggara terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah memberi beberapa kelebihan kaum lelaki ke atas kaum perempuan…”
Walaubagaimanapun, konsep kesamarataan dan keadilan jantina lebih banyak diwar-war mengikut kaca mata feminisme. Ada sebahagian orang ingat, feminisme ini hanya memberi kesan kepada wanita. Malangnya ia turut memberi kesan kepada lelaki. Apabila masyarakat (terutamanya lelaki) meninggalkan sisi-sisi maskulin untuk memenuhi tuntutan feminisme, maka berlakulah kepincangan di dalam unit-unit individu, keluarga, masyarakat bahkan negara secara keseluruhan.
Feminisme mewar-warkan konsep pemerkasaan wanita, sehingga wanita menjadi terlalu gagah perkasa. Hampir separuh dari tenaga kerja di Malaysia ini disumbangkan oleh wanita. Lalu berlakulah apa yang berlaku, tiada rasa urgensi untuk berkahwin, rasa hidup boleh berdikari daripada lelaki, lelaki tidak setaraf dengan kebijakan wanita dan lain-lain isu. Ada perempuan suka dapat bekerja, padahal sebahagian lelaki lagilah dia suka. Kuranglah perlu fikir hendak beri nafkah keperluan secara langsung.
Dunia materialisme menyokong konsep biar semua orang dalam dunia bekerja, maka tinggallah anak-anak terkontang-kanting, juga dididik dan dibesarkan dalam keadaan untuk meraikan ibu bapa yang bekerja. Anak-anak lelaki akan terus membesar dengan kefahaman tidak mengapa membiarkan sebahagian beban mereka dipikul oleh ibu, kakak dan adik perempuan mereka.
Konsep berpasang-pasangan semakin pudar, dan mungkin boleh dianggap tidak relevan bagi sesetengah orang. Bahkan wanita mejadi pesaing kepada lelaki, wanita diletakkan pada tempat merebut peranan lelaki.
Konsep yang sepatutnya saling bantu-membantu juga semakin pudar. Ada lelaki yang pasrah bahkan suka pula perempuan mainkan peranan mereka dengan lebih. Sehingga menyebabkan sebahagian lelaki kurang rasa bertanggungjawab untuk jadi penyelenggara kaum wanita.
Dalam keluarga, ada suami yang tidak kisah isteri betulkan tandas rosak, atau baiki enjin kereta, atau isteri kena panjat tangga tinggi betulkan lampu di siling. Bahkan tidak kisah juga isteri terkial-kial mengurus anak-anak ke sana sini, sedangkan dia boleh hadir majlis bersosial dan sibuk dengan hobi.
Kalau di Barat, kelihatan mereka ini memberikan nilai kekeluargaan yang tinggi. Atau kata lain, mereka menitikberatkan “family-career” balance, tetapi sisi lain mereka adalah, mereka meletakkan negara-negara miskin dan membangun sebagai penanggung nafsu kapitalisme mereka. Populasi ramai, tenaga buruh murah, boleh eksploitasi yang kaya hasil. Kemudian sibuk laungkan, kesamarataan antara jantina. Berikan hak kepada lelaki dan wanita sama-sama. Padahal mereka hidup bahagia atas hak-hak orang lain yang dirampas.
Ini belum masuk cerita, macam mana feminisme menggalakkan lelaki pun hendak jadi wanita. Sehingga lelaki pun ingin dipanggil “Jelita”. Sehingga lelaki pun ingin rebut “Sisters Award”. Dan pelbagai bahana masalah yang dibawa oleh budaya LGBTQ yang disokong kuat oleh pendokong feminisme.
Feminisme melanda lelaki dan wanita. Kesongsangan ini akan terus memburukkan lagi keadaan masyarakat serta keadaan keluarga. Dan akan terus menerus rosak keadaan ini. Mungkinkah feminisme ini disebut sebagai fitnah wanita yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w?
“Kalian tidak ditinggalkan dengan satu fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki selain fitnah wanita.”
Maka jangan pula ada para lelaki bertepuk tangan menyebut para wanita pembawa fitnah, serta para wanita penghuni paling ramai neraka. Sedangkan lelaki juga akan terseret sama apabila mereka gagal menjadi pelindung dan penyelenggara kepada kaum wanita. Bahkan ada yang sampai guna hadith dan Quran untuk sokong perbuatan-perbuatan mereka, padahal ia jauh dari Islam.
Dalam 3 ayat Al Quran yang menyebut tentang hubungan sesama jantina yang disebutkan tadi, ada beberapa peringatan disertakan bersama iaitu bertaqwa, amar maaruf nahi mungkar serta taat kepada Allah. Renung-renungkan dan selamat beramal.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »