Kenapa Penjual Suka Gunakan Ayat Iklan Berbaur Ugutan Untuk Jual Barangan Kecantikan?

Oleh : Sharifah Zahidah

Iklan
Ugutan bahawa 'suami cari lain' bila isteri dah tak cantik, perut tak ramping, alignment lari, body tak lawa - selepas isteri MELAHIRKAN dan BERTAMBAH USIANYA - adalah ugutan paling kejam dan membodohkan kaum wanita itu sendiri.

Kalau kita penjual produk kewanitaan, samada produk kecantikan, produk jamu, produk pemulihan badan dan tenaga atau apa jua produk kewanitaan - tolonglah PERBAIKI copywriting dan elakkan guna ayat yang merendahkan martabat kaum wanita.

"Aset kecil suami lari. Sis tak takut ke??"

"Pinggang lebar lepas cser nanti suami usha perempuan lain. Sis jangan salahkan suami tau sebab sis yang salah!"

"Kulit berkedut suami complain isteri tak pandai jaga diri. Sis tak malu ke depan suami?"

"Body tak cantik, suami simpan gambar anak dara dalam hp sebab tak selera tengok isteri sendiri. Wake up sis! Do something! Kesian suami sis tu!"

??*&%-@#//^&)(*^?!!###@!!

Tanpa ingin mengulas panjang, saya mahu nyatakan bahawa contoh copywriting di atas adalah COPYWRITING SAMPAH yang amat merendahkan darjat wanita yang tujuan penciptaannya adalah lebih mulia dari sekadar menjadi boneka bernyawa.

Belajar buat copywriting yang lebih sesuai dipadankan dengan taraf dan darjat wanita. 
BERHENTI TANAM INSECURTIES DALAM DIRI WANITA!

Insecurities ni adalah agenda yang paling banyak dimainkan BEAUTY INDUSTRIES sebab insecurities inilah yang MEMBAWA BILLIONS AND BILLIONS OF MONEY kepada orang-orang tertentu.


Dan di saat mereka hidup dengan timbunan wang yang menggila - para wanita menanggung derita dan air mata hanya kerana BERUSAHA BAGAI NAK GILA REPAIR SANA SINI, ADJUST SANA SINI, SAKIT SANA SINI, SUPAYA DIRI DITERIMA MASYARAKAT setelah dia berjaya memenuhi definisi 'CANTIK' yang banyaknya tak logik!

APABILA nak berniaga produk kewanitaan, sebaiknya buat ayat yang lebih baik dan lebih fokus kepada MENYELESAIKAN MASALAH berbanding MENCIPTA INSECURITIES.

Kita nak wanita beli produk kita sebab mereka APPRECIATE diri mereka. Bukan sebab mereka RASA DIRI HILANG HARGA @ TAK BERHARGA.

Manalah perempuan tak murung sekarang ni. Sana sini bagi tekanan pada mereka. Saya pun boleh jadi murung hari hari sana sini membaca ugutan macam itu!

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »