Mak Dia Khayal Dadah, Anak Dibiarkan Tepi Jalan..

Malaysian Response Team pagi tadi telah berkongsikan beberapa gambar-gambar yang menyedihkan. Gambar-gambar itu merujuk kepada kanak-kanak yang terbiar apabila si ibu tengah sibuk khayal dadah di tepi jalan.

Berikut gambar-gambar yang dimaksudkan ;



"Sebelah Sani Hotel, kesian tengok budak-budak ini menangis. Mak dia orang tengah khayal dadah, tidur tepi jalan. Kejadian ini dilaporkan berlaku semalam," kata Malaysian Response Team di post itu.

Menurut Malaysian Response Team lagi, gambar-gambar itu dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali dengan nama Anil Roy. Anil Roy turut membelikan kanak-kanak itu roti dan air minuman.

Banyak netizens yang menyatakan kemarahan di ruangan komen tak kurang juga yang sempat menyindir-yindir menteri Malaysia. 😂😂😂😂

Menurut seorang penulis yang bernama Benz Ali pula, si ibu kepada dua kanak-kanak malang itu sebenarnya suka mempergunakan anak-anak beliau bagi mendapatkan simpati masyarakat.


"Ini bukan salah Pusat Zakat atau JKM. Area rumah aku je ni. Mak dia guna anak dia untuk raih simpati masyarakat. Banyak lagi orang macam ni. Kau nak selesaikan masalah ni, berhenti bawa kafilah NGO kau mai Chow Kit. Mereka pun akan belajar untuk hidup," tulis Benz Ali semasa berkongsikan gambar-gambar tersebut di dinding Facebook beliau. 

Reaksi netizens


Diharapkan pihak berauthoriti dapat mengambil tindakan drastik secepat yang mungkin. Kasihan pada dua beradik malang itu yang beribukan penagih dadah. Alahai, apalah akan jadi pada masa depan mereka agaknya. - Sozcyili.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »