Polis Bukit Aman Ditemui Bunuh Diri Selepas Dipercayai Menembak Mati Kekasih Vietnam.

Perselisihan faham menyebabkan seorang anggota polis bertindak membunuh teman wanitanya sebelum menembak diri sendiri. Kejadian berlaku di rumah sewa mereka di tingkat satu, Pangsapuri Taman Ria, Cheras, pagi Jumaat lapor Bernama.
Gambar - Facebook
Dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, anggota berusia 25 tahun berkenaan yang berkhidmat di Bukit Aman dan wanita dipercayai warga asing lingkungan 20-an ditemui terbaring dalam sebuah bilik dengan kesan tembakan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh berkata, anggota yang membuat siasatan di lokasi menemui kesan tembakan masing-masing di kepala dan badan mangsa.
Katanya, turut ditemui sepucuk pistol milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada pada mayat berkenaan.
"Setakat ini, siasatan masih diteruskan bagi mengetahui punca sebenar kejadian dan siapa yang menembak siapa.
"Kita belum dapat mengesahkan sama ada wanita itu warga asing atau hubungannya dengan anggota berkenaan kerana siasatan masih berjalan," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mati mengejut.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »