Semak Wang Tak Dituntut Secara Online Mulai Tahun Hadapan.

JABATAN Akauntan Negara Malaysia (JANM) kini dalam proses bagi membangunkan portal semakan dan permohonan Wang Tidak Dituntut (WTD) secara atas talian.

Menurut JANM, sistem itu dijangka akan beroperasi tahun depan.

Ketika ini, pengguna boleh membuat semakan di semua pejabat JANM negeri di seluruh negara.

 

"
Kita memahami keperluan portal ini berdasarkan keadaan semasa yang mahukan proses semakan lebih cepat dan mudah tanpa perlu bersusah payah beratur di kaunter.

Dalam masa yang sama, JANM turut berkata bahawa WTD tidak mempunyai tarikh luput.

"Namun apa yang perlu lebih difahami masyarakat adalah semakan WTD ini tidak mempunyai tarikh luput, jadi jika tiada keperluan mendesak, orang ramai tidak perlulah membuat semakan serentak pada satu masa sehingga mengakibatkan kesesakan di kaunter JANM," katanya sebagaimana lapor Harian Metro.

Sebelum ini, viral seorang wanita yang berkata dia mendapat RM14,000 selepas membuat semakanWTD miliknya.

Sumber: Harian Metro

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »