Sembah Kaki, ATM Tampil Beri Penjelasan.

"Tak hairanlah kenapa ada pelajar yang mati di UPMB kena buli dengan seterika panas, rupa rupanya Panglima sendiri pun disembah cium kaki begini rupa! di mana peranan Kagat!!! Ini bukan budaya Islam, ini budaya umno," itulah kenyataan yang tular pada semalam, yang mana merujuk kepada satu gambar yang turut disebarkan bersama kenyataan itu, kononnya beberapa tentera menyembah kaki pegawai atasan mereka.


Gambar yang tular itu turut menyebabkan ATM - Angkatan Tentera Diraja Malaysia mendapat kecaman umum pada awalnya kerana rata-rata netizens bersetuju dengan komen yang dituliskan oleh Mohd Desa Ahmed.

Bagaimanapun komen-komen terbaru yang dikesan mengkritik tukang post gambar selepas satu penjelasan diberikan oleh tentera yang merujuk kepada penyebaran gambar itu.


Penjelasan tentera

"Kronologi Berhubung dengan Viral gambar YBhg Mejar Jeneral Dato' Mohd Ezam bin Wan Chik yang sedang menular di media sosial. 

Kejadian tersebut adalah merupakan gimik bagi mengimbau kembali kejadian yang sama, ditempat yang sama 14 tahun yang lalu. Keadaan adalah di mana 3-4 orang pegawai telah memeluk kaki beliau untuk tidak melepaskan beliau pergi. Ini bukannya anggota LLP menyembah kaki seperti yang diviralkan.

Gambar ini telah dikongsikan di media sosial Berita Harian oleh *** *** ****. Tindakan pasukan telah memadam gambar tersebut dan berhubung netizen bernama M Sukri Md Zain dipercayai persara tentera untuk memadam komen serta tidak meneruskan komen di laman sosial," tulis 

Mejar Riduan Yusoff dari Unit Komunikasi Strategik Mindef.

Sekadar gimik





Hasil semakan kami di post berkenaan, gambar tersebut masih berada di situ dengan lebih dari 1,700 kali perkongsian di laman sosial. Komen pula mencecah lebih dari 400.  - Sozcyili.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »