The Exorcism of Emily Rose - Apa Yang Anda Patut Tahu.

Oleh : Khairul Yoi
Engkorang mesti familiar ngan nama ni kan? Korang pernah tengok movie ni? Movie ni citer pasal ada sorang makwe yang dirasuk beberapa ekor syaiton dan roh-roh jahat (6 demons kesemuanya iaitu Cain, Hitler, Judas, Belial, Nero, dan Lucifer) sampaikan menggangu kesihatan mental dan fizikal beliau. 
Tapi hari ni aku bukan nak citer pasal Emily Rose yang tu, aku nak citer pasal Emily Rose sebenar, iaitu Anneliese Michel. Movie ni dikatakan diadaptasi daripada kisah hidup sebenar Anneliese Michel ni. Dan untuk pengetahuan korang lagi, mak si Anneliese ni memang tak izinkan citer ni dibuat, tapi omputeh kisah apa kan janji pecah panggung sudah lah. So mak si Anneliese ni memang tak pernah tengok langsung citer ni katanya, tapi tak tau lah betul ke tak. Yelah citer ni agak sensitif bagi beliau kan.
So citer dia ada dua perspektif. Satu dari segi Sains, satu lagi dari segi keagamaan. Mengikut doktor-doktor yang buat autopsy dan postmortem, diorang cakap kematian Anneliese Michell ni adalah disebabkan kekurangan nutrisi dan dehydration. 
Lagipun Anneliese ni memang ada sejarah dengan sakit psikiatrik, dan pernah mendapatkan rawatan dengan beberapa orang doctor berikutan keadaan beliau ni. Makin lama makwe ni makan ubat, makin gila pulak jadinya, sampaikan bleh nampak macam-macam, diorang kabor makwe ni cuma berhalusinasi akibat rawatan, tapi lain pula kalau ikut pandangan ahli-ahli gereja. Mengikut pandangan diorang, Anneliese ni dirasuk oleh beberapa ekor demons, tapi engkorang kalau pernah dengor klip video dia kena rasuk tu memang sesape pon boleh percaya dia kena rasuk. Meremang segala bulu nak-nak kalau engkorang dengor memalam buta. 
Gambar - Khairul Yoi
Makwe ni dulu hidup dia aman tenteram jer. Tapi masuk umo 16 dia dah start jadi sawan. So Anneliese ni dapatkan rawatan psikiatrik kat hospital gila. Pastuh naik umo 20 tahun, dia dah jadi macam anti dengan barang-barang keagamaan contohnya macam tanda salib, air suci apa semua tuh. 
Sampaikan dia boleh dengar benda-benda pelik dan suara-suara aneh bisik suruh jauhkan diri dia dari benda-benda suci tu semua. Engkorang ni kalau malas sembahyang, tengok sejadah pon macam tengok tikar mengkuang, engkorang pon agaknya dah kena rasuk ngan syaiton-syaiton ni semua. 
Nasiblah aku beriman, pm tepi kalau nak buat suami (done iklan). Walaupun makwe ni consume ubat yang doktor bagi, tapi keadaan dia makin teruk sampai ke tahap suicidal la senang citer. So mak bapak dia ni macam percaya lah yang dia ni kena rasuk, yela perangai pon dah bukan-bukan cakap pelik-pelik sorang-sorang, pastuh takut semacam la ape semua, jadi diorang bawak la Anneliese ni jumpak Catholic priest untuk jalani exorcism iaitu rawatan keagamaan la lebih kurang.

Mengikut citer member-member Anna Elisabeth Michel ni, dia ni memang sorang makwe yang baik dan alim la. Rajin pergi gereja. Plus, budak ni budak pandai ni. Graduate dari University of Wuzburg. Makwe ni lahir pada 21 September 1952, dan meninggal pada 1 July 1976. Masa tu umur makwe ni baru 23 tahun, meninggal muda, sama umur ngan aku sekarang ni, eh? 
Banyak jugak perdebatan berlaku antara ahli sains dan ahli agama pasal ni, tapi korang kena lerr paham. Selagi takde bukti memang takleh menang punya. Jadi dalam kes Anneliese ni, 2 orang priest tadi dan parents Annelise iaitu Josef dan Anna didapati bersalah atas kesalahan negligent homicide. Kira macam tak halang Anneliese ni bunuh diri la kononnya. Sebab bagi doctors ni Anneliese mati sebab siksa diri sendiri, bukan sebab kena rasuk. So diorang ni dijatuhi hukuman penjara 6 bulan. Jadi pihak Catholic Church menarik semula dakwaan diorang bahawa Anneliese Michel ni dirasuk, dan terpaksa bersetuju dengan pendapat para doctor yang sebenarnya Anneliese Michel ni menghidap Schizophrenia. Kes ni ditutup dan dinyatakan sebagai kes misidentified mental disorder, pengabaian, penderaan dan religious histeria.
Selain tu jugak, kalau korang nak tau lagi, ada pendapat mengatakan yang sebenarnya Annelise ni meniru semula atau “mimicking” satu filem tentang rasuk yang pernah diterbitkan pada 1974 yang bertajuk “The Exorcist” arahan William Friedkin. Sebab dalam filem tu memang sebijik lah cara Anneliese ni duk menyalak, menjerit, merapu meraban apa semua. Selain duk melalak, dia jugak dikatakan menjilat air kencing sendiri, makan lalat dan labah-labah, makan kepala burung yang dah mati lah.. pastuh duk merangkak-rangkak bawah meja sambil menyalak macam anjing. Sampaikan satu tahap tu, hari-hari dia koyakkan baju sendiri dan kencing merata-rata.

Tu baru sikit. Haa waktu dalam tempoh berubat dengan paderi pon macam-macam jadi kat Anneliese ni. Segala otot dan sendi-sendi kat lutut dia semua habis rosak sebab genuflections. Genuflections ni melutut ah, tapi macam korang tengok dalam movie Exorcism of Emily Rose ni, kalau korang perasan, setiap kali kena rasuk Emily ni akan melutut tiba-tiba (menghentak lutut ke lantai), kau bayangkan la 600 kali dia hentak lutut dia ke lantai memang barai la citer dia. Tapi sebab dia melutut menggunakan kedua-dua belah kaki, natang ni dinamakan “double genuflections”. And pada 30 Jun 1976 (sehari sebelum kematian beliau), sebab Anneliese ni dah lemah gila sampai takleh nak melutut untuk buat exorcism ni, jadi parents dia terpaksa papah badan dia untuk support dia dalam ritual exorcism ni. Memang patutla diorg ni kena meringkuk dalam penjara pon, sampai budak tu lemah pon main paksa lagi. Hantar je la hospital, dapat jagaan rapi aduhmak.
 
Nak dijadikan citer lagi, sepanjang ritual exorcism ni, tiada doktor pon yang dibenarkan datang untuk tengok Anneliese. Anneliese dikatakan mati sebab malnutrition dan dehydration sebab hari-hari dia puasa. Mengikut kakak si Anneliese ni, Anneliese ini taknak makan sebab katanya kalau dia lapar, setan-setan tu semua tak berani kacau dia. Sebelum kematian beliau gak, doctor cakap dia tengah high fever dan menghidap Pneumonia. Engkorang bayangkan la punya siksa budak ni nak mati.



Citer ni tak habis kat sini. Pada 25 Feb 1978, mayat Anneliese Michell ni dikorek balik atas alasan nak diletakkan ke dalam coffin yang lebih mahal dan selesa. Tapi sebenarnya parents Anneliese Cuma nak mengaburi mata masyarakat. Diorang sebenarnya mendapat panggilan dari rahib Carmelite dari district of Allgeau di Selatan Bavaria. Menurut rahib tersebut, mayat Anneliese masih dikuasai oleh segala demon yang belum keluar dari jasadnya. Jadi rahib tu suruh diorang pindahkan mayat Anneliese dari coffin biasa ke dalam oak-coffin yang disadur dengan tin untuk mengelakkan demon-demon tu semua keluar. 

Sebenarnya movie Exorcism of Emily Rose ni hanya 50% je sama dengan citer real Anneliese Michell. Kalau korang nak tengok movie yang sebijik, atau 90% sama dengan real life Anneliese, korang boleh tengok filem German yang bertajuk Requiem arahan Hans Christian Schmid.
Aku ada sediakan klip audio dari ritual exorcism Anneliese Michell (original enhanced audio). Apa pendapat korang pasal ni? Anneliese ni sebenarnya dirasuk atau hanya menghidap skizophrenia?

Sejujurnya kalau betul dia kena rasuk, aku percaya yang rasuk dia cuma Lucifer. Dulu video dan audio ritual exorcism ni ada, tapi sekarang aku cari dah tak ada. Kat deep web pon dah takde langsung dah. So aku citer balik apa yang aku pernah dengar dalam audio clip tu. Waktu dia dirasuk tu, paderi tu tanya nama roh yang rasuk tu. Tapi Anneliese cuma meracau dan jawab "SIXXXX!!!!". Lepas berhempas pulas maki hamun demon tu semua, baru diorang cakap nama diorang. Tapi satu yang aku perasan, kalau tak salah aku susunan dia camni, "I AM THE ONE WHO DWELT WITH CAIN, I WAS WITH JUDAS, I WAS WITH HITLER, I AM BLIEL, I AM THE ONE WHO DWELT INSIDE NERO, AND I AM LUCIFER THE GREAT!"

Aku citer sikit latar belakang dia orang ni semua. Cain ni Qabil la. Kalau ikut citer memana kitab pon, dia manusia pertama yang membunuh. Dia bunuh Habil sebab tak puas hati tak dapat kahwin ngan Azura (kalau ikut kitab Yobel - kitab Ibrani Kuno ). Kalau dalam Al Quran Azura ni Iqlima.

Nero. Nero ni plak 6th Roman Emperor yang cuba bakar Rome suatu ketika dulu dan menyalahkan Kristians. Bila waktu tu tengah kacau bilau, dia boleh pula main harp sambil nyanyi lagu Burning of Troy. Pastu dia bunuh diri sendiri.

Judas. Judas dikatakan bunuh diri (gantung diri sendiri) sebab rasa bersalah pasal kes Jesus kena salib. Katanya dia yang menyebabkan Jesus ni disalib. Betulkan kalau aku salah.

Hitler. Hitler ni korang pon kenal. Mamat ni kejam jugak la. Dia bunuh semua jews, memang dia sakit hati betul dengan jews.

Belial. Belial ni maksudnya EVIL. Dalam erti kata lain, Lucifer sebut salah satu namanya.

Dan terakhir Lucifer. Lucifer ni Azazil. Dulu hidup dalam syurga. Tapi sebab keangkuhan dia dan taknak sujud kepada Adam, dia ditendang keluar dari syurga. Dan dia bersumpah utk sesatkan anak cucu Adam.

Tapi pada pendapat aku. Semua ini cuma Lucifer seorang je. Lucifer dah wujud sejak zaman-zaman nama-nama yang dia sebut lagi. By means, dia ada waktu Cain, Nero, Judas dan Hitler apa semua ni. Mungkin dia yang hasut supaya orang-orang kat atas ini buat perkara terkutuk tu semua. Jadi dia cuma sebut semula pasal dia dan orang-orang yang dia dah hasut tu. Aku rasa cuma ada satu demon saja dalam Anneliese iaitu Lucifer.
 
 

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »