Dan Akhirnya Pak Arab Mengaku Ulama Ini Kantoi Selepas Menipu Ramai Wanita..

Seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Mohamad Bohari telah berkongsikan satu cerita bagaimana anak buahnya telah diperdayakan oleh seorang lelaki yang berperwatakan alim bagi melakukan penipuan ke atas gadis-gadis di luar sana yang terpikat pada lelaki yang berpenampilan alim.
Assalamualaikum, kepada semua sahabat. Hari ini saya nak bawa kisah yang sangat memeranjatkan, tak sangka perkara sebegini boleh berlaku.
Beberapa hari lepas, kakak saya bertanya saya adakah saya mengenali Al Habib Abu Umar. Saya katakan tidak kenal. Kalau Habib Umar saya kenal dan maklum. Saya tanya kenapa dengan dia? Namun kakak saya tidak memberitahu dan seperti menyembunyikan sesuatu.




2 hari lepas (29/7/2017), barulah semuanya terbongkar, naluri keibuan dapat mengesan kejanggalan perangai anaknya. Dipendekkan cerita, anak buah saya (anak kakak) disapa di fb oleh lelaki ini, taktiknya licik, dia memancing wanita naif yang cenderung kepada hal agama (untuk menjadi wanita solehah). Dengan penampilan gaya ulama, berjubah berserban, gelaran-gelaran Al Habib (maaf saya tidak berniat hendak merendahkan golongan habib yang benar apalagi menghina, saya juga pencinta Habib Umar, Habib Ali dan yang lain, cuma saya tidak bersetuju dengan manusia yang menggunakan gelaran ini untuk menipu)
Modus operandinya, pertama dia akan meminta gambar yang dekat, katanya untuk tujuan nak lihat sejauh mana kita ada penyakit (rohani atau fizikal) padahal gambar itu akan disihir atau dipukau.
Berbalik tentang anak buah saya, setelah berkenalan hanya dua minggu, dia diminta puasa, dan sheikh ini suruh dia datang berjumpa dengannya di Masjid Wilayah kononnya mendapat keberkatan apabila bertemu di Masjid. Kemudiannya setelah solat maghrib berjemaah, dia membawa anak buah saya ke restoran makanan arab berstatus mewah di Sri Hartamas. 
Kemudian dibawa je ke rumahnya. Bayangkan, anak buah saya ni bukan jenis berani berjalan berseorangan apalagi dalam jarak yang jauh Penang - Gombak. Bila saya tanyakan kenapa sampai berani macam tu, dia seolah dipukau dan fikirannya kosong. Alhamdulillah sebelum sheikh ini melakukan apa-apa pada dia, dia sempat keluar dari rumah tanpa pengetahuan lelaki itu pada keesokan harinya. Tapi dia masih berhubung dengan lelaki itu sehinggalah dia dibawa pulang ke rumah di Selangor oleh ibunya semalam. 
Dan sebentar tadi saya bawa dia berubat di Pusat Rawatan Darussyifa', alhamdulillah sedikit sebanyak sudah berubah. Untuk langkah pencegahan, anak buah saya telah menukar nombor telefon bimbitnya, dan sentiasa berjaga-jaga kerana gambar keluarganya, alamat rumah sudah diberikan kepada lelaki itu, dan lelaki itu pernah memberi amaran pada anak buah saya agar merahsiakan hubungan mereka daripada pengetahuan orang lain.
Dan dengan niat untuk mengumpul bukti, saya menyamar untuk menjadi rakannya, namun dia meminta nombor telefon dan kami berhubung melalui whatsapp. Terpulang kepada anda untuk menilai, berhati-hatilah buat semua wanita di luar sana. Saya sertakan beberapa screenshot antara saya dengan dia dan gambarnya. Dalam masa terdekat juga saya akan bawa anak buah untuk buat laporan polis.


Sesuatu yang jijik dibuat atas nama agama untuk memperdaya dan mengambil kesempatan ke atas wanita. Menggunakan ayat Quran dan Hadith Nabi Muhammad SAW. Dia juga mendakwa mempunyai hubungan yang baik dengan pemimpin-pemimpin Malaysia. Dia juga katanya pakar dalam merawat penyakit-penyakit yang berkaitan dengan makhluk halus, hinggakan Siti Nurhaliza juga pernah bertemunya sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat. Dia juga pernah mengeluarkan kenyataan akan mencium dan memeluk dan membuat hubungan pada pertemuan kali kedua.
Dia menawarkan rawatan kepada siapa yang ikhtiar untuk mendapatkan zuriat/ sakit. Menawarkan kerja bagi siapa yang mencari pekerjaan. Menawarkan diri menjadi guru kepada yang mencari ilmu. Hinggakan sampai ingin belanja pergi umrah! Semua yang indah-indah!
Katanya lagi sesiapa yang cuba memfitnahnya, akan mendapat musibah.
Sudah berapa ramai agaknya wanita yang sudah terpedaya. Jauhilah musibah besar ini!
Gambar kredit : Mohamad Bohari.

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »