Jejaka Melayu Mengaku Murtad Di Twitter Hilangkan Diri Selepas Dikecam Bertubi-Tubi.

4 Ogos lepas seorang lelaki yang menggunakan nama Orkid Anggerik ataupun @Phleumic atau nama sebenar beliau, Mohd Faiz Syahmi membuat pengakuan murtad secara terbuka di akaun sosial media Twitter milik beliau.

Menurut Faiz, beliau telah bersedia untuk ditularkan jika pengakuan murtad secara terbuka itu menjadi kecoh di laman sosial kelak.

Beliau turut menceritakan bahawanya beliau mempercayai Islam dan menyakini kewujudan Tuhan namun beliau tidak mahu mahu ikut dan malas mahu mempercayainya (mengamalkan) lagi.

"So yeah, i am agnostik. Sebab aku percaya Tuhan itu ada. Aku tak boleh nak cakap aku atheis sebab memang deep down aku aku percaya Tuhan itu ada," tulisnya.

"Tapi sebab aku tak nampak lagi apa fungsi Islam kat dunia sekarang. So aku buat keputusan aku neh," tweet Faiz lagi.

Faiz turut mempersoalkan jika beliau diancam oleh golongan ektremis muslims, apakah beliau layak membuat laporan polis meskipun beliau mengakui murtad.

"Jap, kalau aku kena pukul dengan extremist Islam ni aku boleh report polis kan? Ke polis benci orang murtad macam aku?," katanya di Twitter.




Bagaimanapun, Faiz menerima respon-respon yang tidak menyenangkan selepas beliau membuat pengakuan murtad. Akaun Twitter beliau juga gagal dikesan sejak semalam selepas tularnya pengakuan murtad tersebut sehingga menimbulkan tanda-tanya dikalangan netizens. - Sozcyili

Jom Monetize Aplikasi Anda Dengan StartApp

Dimsum : Must watch for Asian drama

Share this :

Previous
Next Post »