Anjing, Lancau, Penguatkuasa Dimaki Kaw-Kaw Oleh Orang Awam Yang Berang Disaman.

"Buka uniform saya cabar you. Buka uniform," itulah antara kata-kata kemarahan seorang lelaki yang berbangsa cina yang dilihat bergaduh dengan seorang penguatkuasa tempatan yang sedang memegang buku merah.

"Bahasa carut **, saya letak 5 minit sahaja, awak rasa patut tak, abang?", luah lelaki itu kepada seorang lagi orang awam berbangsa cina yang turut berada di kawasan itu.

Lelaki itu juga dipercayai memaki hamun penguatkuasa berkenaan dengan perkataan anjing, lancau bagi menyatakan kemarahannya.


"Apasal you tolak saya, apasal you tolak saya", kata penguatkuasa yang dilihat ditolak ke belakang dalam rakaman tular itu kerana diserang oleh lelaki tersebut.

"Panggil polis la. Biar polis settle," kata seorang lagi yang dipercayai penguatkuasa yang kelibatnya tidak kelihatan dalam video tersebut.

Lelaki cina itu kemudiannya mengeluarkan sejenis senjata yang dipercayai kayu dari kenderaan beliau yang menggunakan nombor plat JJN 976 untuk memukul penguatkuasa tersebut bagaimanapun berjaya dihalang oleh dua wanita yang berkali-kali menyeru agar lelaki tersebut berhenti marah dan bergerak (keluar dari kawasan tersebut).

Rakaman itu juga memaparkan seorang pemuda yang dipercayai penguatkuasa yang mencabar agar dirinya dipukul oleh lelaki itu jika beliau berani (cabar). 

Punca kejadian tidak dapat dipastikan bagaimanapun dipercayai ada kaitan dengan kesalahan meletakkan kenderaan di kawasan yang dilarang.  

"Bukti cukup, bukti cukup, jangan risau," kata penguatkuasa itu lagi dalam rakaman tersebut. Di media sosial kebanyakkan netizens memilih untuk mengecam sikap orang awam tersebut - Sozcyili.

Untuk rakaman penuh sila lihat video yang dipaparkan dibawah ini;

Share this :

Previous
Next Post »