Isu Dobi Muslim - "Ia Terlalu Extreme", Respon Tunku Idris.

Ia terlalu extreme dan saya berasa terkejut, itulah respon yang diberikan oleh Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim dalam berkongsikan pandangan beliau mengenai isu dobi untuk muslims sahaja yang menjadi topik hangat sejak semalam.

Sebelum ini sosmed menjadi kecoh dengan tularnya satu gambar yang merujuk kepada satu kedai dobi yang dikhususkan hanya untuk pelanggan muslims sahaja. 

Kedai itu kemudiannya menjadi sasaran kritikan netizens yang tidak bersetuju dengan pemilik dobi berkenaan yang disifatkan sebagai rasis bagaimanapun terdapat juga ramai netizens yang beragama Islam menyokong tindakan pemilik dobi itu atas alasan keagamaan.

"Adakah ini benar? Ia terlalu extreme. Saya berasa terkejut," titah baginda sambil berkongsikan petikan berita Star Online.



Menurut pemilik dobi itu, kedai dobi itu dikhususkan untuk pelanggan muslims atas nama menjadi kesucian. Beliau juga dipetik sebagai berkata kepada pihak media bahawanya beliau hanya melaksanakan tanggungjawab beliau sebagai orang Islam. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »