Menangis Jurutera Dengar Kaedah Kontraktor DBI Buat Rumah..

Oleh : Faiq Khalifa
Sebelah salah satu projek aku, ada projek DBI yang viral baru baru ni. Masa mula-mula masuk site hari tu aku dah borak borak dengan supervisor dia. Masa tu tak viral mana lagi. Adalah aku tanya tanya teknik & method of construction yang dikatakan "IBS" yang diorang pakai tu. Lemah jantung aku dengar. Sepanjang pengajian dan pengalaman sebagai akitek & contractor tak pernah lagi aku jumpa method of construction macam yang DBI buat ni. Supervisor dia kata teknik mereka langsung tak pakai columns & beams! Gila lah.

Gambar no 2 tu ialah foam board yang DBI guna untuk buat rumah. Tebalnya adalah dekat 4 inci. Board tu sandwiched dengan jaring dawai. Biasanya untuk non-load bearing wall, kita buat structural frame pakai besi reinforcement bars + concrete. Engineer akan kira load, dead load & segala mak nenek load lah, then engineer akan tetapkan saiz dan posisi columns & beams, selain saiz besi dan lain-lain. Semua tu untuk pastikan berat dari bumbung rumah dan beban lain, well distributed dan diturunkan ke footings melalui structure frame.
Aku tanya supervisor DBI ni, kalau span dah panjang sangat, takkan langsung tak ada tiang untuk support? Dia kata dengan confidentnya tak perlu. Kalau perlu pun, dia akan guna foam board tu untuk buat tiang! Aku tanya besi reinforcement bar macam mana? Dia kata tak perlu. "Pakai ni je dah ok bang". Fuh...
Aku tanya lagi boleh buat rumah 2 tingkat ke. Dia kata boleh. Floor slab lantai tingkat 1 buat macam mana? Pakai besi BRC dengan concrete macam biasa ke? Dia kata lantai tingkat 1 pun pakai foam ni juga tak payah besi BRC. Ni kalau Engineer dengar menangis, menyesal belajar sivil engineering bertahun tahun.
Hari ni aku pergi, aku tengok sub con DBI yang ambil projek ni duduk bincang dalam kereta dengan supervisor dia, agak lama jugak lah. Lepas sub con dia dah pergi aku pergi lah menyapa superior tu. Ada masalah ke? Dia kata itu lah abang, orang Melayu ni suka dengki sesama sendiri, sekarang company dah susah. Aku tanyalah kenapa. Katanya company dok tangguh bayar claim sub con. Mana taknya. Sub con ambil dari DBI RM90K, DBI jual kat customer RM45K!
Katanya harga RM45K tu harga promosi. Sekarang dah tak bagi harga tu dah. Tapi masalahnya, DBI buka promosi tu sampai 185 orang. Aku faham kalau company ada duit, tak jadi masalah untuk guna tektik marketing macam ni. Tapi kalau ye pun, mungkin 4-5 buah rumah boleh lah kot. Ini sampai 185 buah rumah. Kalau untuk sebuah rumah company kena tampung RM45K, 185 rumah dah lebih RM8 juta. Kalau tak silap aku sub con ambil upah saja, barang DBI yang bagi. So kalau tambah kos material lagi? Berapa juta lagi? Mana nak dapat duit banyak tu nak siapkan rumah rumah ni? Sangatlah tak sustainable.
Supervisor tu kata, rumah yang dia tengah buat ni ialah rumah yang ke 16 dibuat oleh DBI. Maknanya setakat ni ada 169 buah rumah lagi nak dibina. Kalau dah rumah ke 16 dah sangkut, macam yang lain? Supervisor tu kata diorang akan siapkan sampai plaster dinding sahaja, sebab sampai takat tu je yang DBI bayar kepada sub con. Sekurang kurangnya sub con ni masih bertanggungjawab. Dia tak terus lari macam tu je. DBI lah yang kena tanggung.
Kesimpulannya, bukan masalah orang dengki. Kalau cara yang digunakan tu betul dan tidak merugikan client, orang takkan jadi masalah. Malah mungkin ramai yang akan belajar dan apply cara dia kalau betul menguntungkan. Ini, suka hati buat material, claim sistem IBS. Entah entah IBS tu pun dia tak tahu apa maksudnya. Pengajaran kepada pengguna, jangan rambang mata tengok tawaran harga murah buat rumah. Construction industry ni ada disiplin dia. Kami habiskan masa bertahun tahun masuk universiti, belajar architecture, engineering, survey, untuk faham selok belok construction. Rumah ni kita buat untuk kita diami dengan keluarga. Jangan mempertaruhkan keselamatan keluarga kita untuk jimat duit. Hubungi mereka yang benar benar layak dan berpengalaman untuk buat rumah ok (iklan jap). Sekian.

Share this :

Previous
Next Post »