Mungkin Lepas Ni Mak Ayah Kena Beli Mesin Basuh Baru Untuk Anak Mualafnya..

Oleh : Mardhiyah Lim
"Parents awak ok tak?" - Soalan pertama.
"Awak ada balik rumah parents awak tak? Walaupun dah Islam hubungan dengan mak ayah tak putus tau. Tetap kena hormat, jaga, bla, bla, bla." - Soalan kedua.
"Awak balik rumah parents makan camna? Pinggan asing tak? Periuk asing tak? Kena asing tau, jangan campur. Kalau tak, kena samak." - Soalan ketiga.
Maka, bila pulang ke rumah parents, parents pun rasa janggal. Parents tanya, boleh ke duduk makan semeja? Pinggan ni dah beli baru semua. Nanti mak buatkan dapur lain untuk kamu.
Nampak gaya lepas ni akan wujud persoalan, "Awak basuh awak camna? Guna mesin basuh parents awak ke?"
Dan bila pulang ke rumah, mak ayah pun kata, "Baju awak tak leh basuh guna mesin mak kan? Nanti mak belikan mesin basuh lain untuk kamu."
Jadi di manakah imej Islam itu rahmat untuk seluruh alam?
3-3 soalan ni soalan lazim tau yang ditujukan pada golongan mualaf hatta dia baru masuk Islam tak sampai seminggu. Bukan mualaf je rasa terbeban, family mualaf tu dah lah terkejut dengan reversion ahli keluarganya, dibebankan pula dengan isu-isu seperti di atas. Beban dek imej Islam yang "diperolehi" daripada "isu-isu semasa".

Share this :

Previous
Next Post »