Pesta Gay 3 Hari Di Kuala Lumpur Mulai 30 September Ini.

Pesta tarian yang melibatkan golongan gay dirancang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur tak lama lagi lapor Isma Web.

Memetik laporan itu, parti berkenaan dikatakan Parti muzik gay ‘White Party BKK Warm Up’ itu dikatakan yang terbesar Asia, diadakan pada 30 September ini.

Berdasarkan poster rasmi yang dimuatnaik oleh Facebook White party Bangkok, parti yang dikenali sebagai "pemanas badan" akan diadakan di Kuala Lumpur menjelang tiga hari selepas bermula di Bangkok pada 28 September.

Parti muzik gay ini akan melibatkan DJ Danny Dee daripada Thailand dan DJ tempatan Diego Garcia di mana berdasarkan poster dan laman web, pesta tarian ini adalah anjuran DivineBliss Malaysia.

Imej di dalam poster berkenaan jelas memaparkan lakaran dua orang lelaki berpakaian seksi berpelukan sambil seorang menarik seluar dalamnya.


White Party Bangkok mendakwa acaranya sebagai festival gay tahunan terbesar di Asia, yang berlangsung di ibu negara Thailand menjelang tahun baru dimana ia akan dihadiri ribuan lelaki yang kebanyakan mereka berpakaian seksi, tidak berbaju dan berseluar dalam sahaja.

Menurut portal itu lagi, difahamkan penganjur menjemput semua ahli komuniti LGBT dan gay dari seluruh negara untuk datang beramai-ramai bagi memeriahkan pesta ini.

Pesta Gay ini dicetuskan oleh veteran industri hiburan, Blue & Bond Satittammanoon dari Cloud 9 Inc, salah satu syarikat penganjuran konsert dan festival yang terkemuka di Thailand dengan kerjasama Jeffrey Sanker, CEO White Party Entertainment Inc.

Share this :

Previous
Next Post »