Wajah Suspek Tiada Penyesalan, Pasukan Penyiasat Menyelam Tasik Cari Bukti.

Beberapa suspek yang membakar Tahfiz Darul Ittifaqiyah tidak menunjukkan tanda-tanda mereka sedang menyesal ataupun bersalah atas apa yang telah mereka lakukan. Itulah laporan yang ditulis oleh wartawan Harian Metro dan menjadi tular di laman sosial pada semalam.

Suspek-suspek itu dibawa oleh pihak polis ke lokasi tragedi bagi melakukan lakon semula ketika kejadian pada awalnya telah ditutup dengan kain hitam bagaimanapun kain hitam itu dibuka dan menampakkan wajah-wajah suspek yang menunjukkan tiada tanda-tanda penyesalan, lapor portal itu.





Laporan itu kemudiannya mendatangkan rasa marah netizens terhadap suspek-suspek yang membakar pusat tahfiz itu, kebanyakkan dari mereka mahu kesemua suspek dihukum mati.
Hari ini pula, PPIM melaporkan Tasik Datuk Keramat telah ditutup seawal jam 9.40 pagi bagi melakukan siasatan terperinci untuk mencari bahan bukti.
"Terbaru perkembangan terkini siasatan berkaitan Kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung. Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Unit Forensik dan Pasukan Penyelam PDRM kini sedang menumpukan siasatan di dalam Tasik Datuk Keramat yang terletak di belakang Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Pasukan penyiasat menyelam ke dasar tasik berkenaan bagi mencari bahan bukti yang dipercayai di buang oleh suspek pada hari tragedi yang meragut 23 nyawa, pagi 14 September lalu", kata PPIM di halaman facebook mereka.
"Polis mula menutup kawasan sekitar Taman Tasik Datuk Keramat kira-kira pada jam 9.40 pagi. Unit Forensik dan Pasukan Penyelam PDRM tiba pada jam 10.30 pagi membawa bersama peralatan untuk melakukan selaman.
Menurut sumber, Pasukan Penyelam PDRM mencari satu unit pemutar skru dan satu lagi bahan yang dapat membantu melengkapkan siasatan.
Kawalan keselamatan terus diperketatkan bagi menghalang pihak media dan orang awam daripada menghampiri kawasan tasik dan bangunan pusat tahfiz berkenaan," kata mereka lagi. - Sozcyili.
Gambar : PPIM.

Share this :

Previous
Next Post »