3 Suspek Cuba Bom Festival Beer 2017 Ditahan Termasuk Pelajar Tingkatan 6.

Tiga lelaki tempatan termasuk seorang pelajar tingkatan enam ditahan polis bersama sejumlah bahan letupan buatan sendiri (IED) di Pasir Puteh, Kelantan baru-baru ini.
Gambar - Kosmo
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil tangkapan itu, polis berjaya mematahkan satu cubaan meletupkan festival The Better Beer 2017.
"Semua individu berusia lingkungan 19 hingga 34 tahun itu telah membuat dua cubaan meletupkan IED di kawasan lapang serta belakang rumah suspek pada 28 September dengan satu salah satu daripadanya berjaya diletupkan.
"Susulan itu, polis menahan kesemua suspek di sebuah restoran di Pasir Puteh pada 10 Oktober lalu," katanya ketika sidang akhbar sebentar tadi.
Polis turut merampas pelbagai jenis peralatan membuat IED seperti wayar, paip, mentol, karbaid, mercun bola, bunga api serta nota membuat bahan letupan.
Sumber : Kosmo

Share this :

Previous
Next Post »