5 Cawangan Pasaraya Giant Ditutup 5 November - GHC Enggan Ulas Nasib Pekerja.

Awal bulan ini media sosial digemparkan dengan laporan viral kononnya lima cawangan pasaraya Giant di beberapa kawasan di Semenanjung akan ditutup bermula 5 November depan.

Turut dilaporkan beberapa cawangan pasaraya yang bakal ditutup itu akan mengadakan jualan murah sehingga ditutup sepenuhnya menjelang awal November.






Laporan yang tular sejak 2 minggu lepas bagaimanapun baru disahkan oleh GHC Retail Malaysia pada semalam yang mengatakan berita penutupan beberapa cawangan pasaraya Giant itu adalah benar. 

GCH Retail Malaysia dalam satu kenyataan kepada portal The Malaysian Insight berkata, pihaknya memutuskan untuk menamatkan operasi di Sri Manjung, Sungai Petani, Shah Alam City Centre Mall, Sibu dan Selayang Lama yang telah tamat tempoh perjanjian pajakan di premis. 

Kenyataan itu menyebut, penutupan lima cawangan itu dibuat selepas semakan semula operasinya bagi meningkatkan keberkesanan dan produktiviti. Ditanya mengapa perjanjian pajakan berkenaan tidak disambung, jurucakap syarikat terbabit bagaimanapun enggan mengulas lanjut. 

Jurucakap terbabit juga enggan mengulas berhubung nasib pekerja di lima premis terbabit. Penutupan itu berlaku kerana sektor runcit Malaysia menghadapi sedikit penangguhan jualan pada suku kedua tahun ini, berbanding dengan tiga bulan pertama tahun 2017. 

Jualan runcit berkembang pada 4.9% dari April hingga Jun, membalikkan prestasi buruk dari Januari hingga Mac apabila jumlah jualan merosot 1.2% tahun ke tahun. 

Bagaimanapun, pemain industri berkata peningkatan itu hanya sementara dan dijana oleh perbelanjaan untuk sambutan Hari Raya, dan menambah kelemahan dijangkan berterusan sepajang tahun ini kerana pengguna mula berjimat cermat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu. 

Subsektor pasar raya dan hipermarket melaporkan penurunan yang lebih buruk daripada jangkaan dalam kadar pertumbuhan 4.8% pada suku pertama tahun 2017, yang paling teruk di kalangan subsektor runcit. 

Persatuan Peruncit Malaysia berkata, pengendali pasaraya dan supermarket dijangka akan mengalami penurunan jualan 2.5% pada suku ketiga tahun ini. 

Baru-baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) mendedahkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang diperkenal 2015 menjejaskan peniaga-peniaga Melayu sehingga menyebabkan mereka menutup operasi. 

Syarikat yang berusia 73 tahun itu sinonim dengan jualan barang runcit yang menawarkan harga rendah. Bagaimanapun, selain daripada melawan corak perbelanjaan pengguna yang lemah, rangkaian pasaraya itu juga menghadapi persaingan daripada peruncit baru di pasaran kata laporan itu lagi.

Share this :

Previous
Next Post »